Monday, September 21, 2009

SALAM LEBARAN

selamat hari raya aidilftri 2009..maaf zahir dan batin..semoga syawal tahun ini membawa keberktan pada kita semua..amin

Sunday, August 23, 2009

H1N1 merebak ke burung pula

SANTIAGO 22 Ogos - Chile semalam menyatakan ujian menunjukkan selesema babi (H1N1) kini menjangkiti burung sekali gus membuka bab baru dalam epidemik global.
Pakar mengenai wabak selesema dan kesihatan haiwan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Rom dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (AS) di Atlanta sedang memantau situasi tersebut.
Bagaimanapun, mereka menjelaskan bahawa ayam belanda yang dijangkiti hanya mengalami selesema ringan, seterusnya mengurangkan kebimbangan mengenai perkembangan buruk mengenainya.
Pemilik ladang ternakan ayam belanda Chile Sopraval SA berkata, daging ayam belanda negara ini masih selamat dimakan dan setakat ini belum ada tanda-tanda mutasi berbahaya kerana tidak ada seekor pun ternakannya mati akibat selesema babi.
Kementerian Kesihatan Chile semalam telah mengarahkan dua ladang ayam belanda di luar bandar pelabuhan Valparasiso dikuarantin selepas ujian genetik mengesahkan ternakan yang sakit dijangkiti virus sama yang telah mencetuskan pandemik kepada manusia.
Pemilik ladang ternakan berkata, ayam belanda yang dijangkiti telah dipindahkan ke bangunan kosong untuk mengelakkan penyebaran kepada unggas liar.
Setakat ini, virus yang merupakan campuran genetik manusia, babi dan unggas itu terbukti sangat mudah berjangkit namun tidak meragut banyak nyawa seperti selesema bermusim.
Bagaimanapun pakar virus bimbang jenis selesema baru mungkin muncul sekiranya ia bergabung dengan selesema burung (H5N1) yang lebih berbahaya namun sukar berjangkit.
Sopraval melaporkan keadaan yang berlaku kepada Kementerian Pertanian selepas penghasilan telur berkurangan bulan ini dan selepas ujian awal ke atas empat sampel mengesahkan jenis kecil A/H1N1 2009.
"Apa yang menjangkiti ayam belanda itu adalah virus selesema manusia, tiada mutasi berlaku," kata Timbalan Menteri Kesihatan, Jeannette Vega kepada Radio Cooperativa semalam.
Hal tersebut juga telah dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Sementara itu, Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) pula sedang bekerjasama dengan saintis Chile. - AP

Thursday, August 20, 2009

Vaksin H1N1 mungkin berkurangan

PARIS 19 Ogos - Negara-negara di hemisfera utara setakat ini telah memesan lebih satu bilion dos vaksin selesema babi, sekali gus mencetuskan amaran mengenai kekurangan bekalan vaksin tersebut.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam, sesetengah negara, terutamanya Greece, Belanda, Kanada dan Israel, sudah memesan dos berganda yang cukup banyak untuk menginokulasi seluruh penduduk negara mereka.
Negara lain seperti Jerman, Amerika Syarikat (AS), Britain dan Perancis membuat pesanan bagi melindungi antara 30 hingga 78 peratus penduduk mereka.
"Pesanan vaksin pandemik yang dibuat oleh negara-negara hemisfera utara kini melebihi satu bilion," kata jurucakap WHO, Melinda Henry.
Beliau mengingatkan bahawa pada peringkat awal, bekalan vaksin adalah sangat terhad dan tidak akan mencukupi untuk menginokulasi seluruh penduduk atau sebahagian besar daripada penduduk.
Pakar memberi amaran, permintaan tinggi bergabung dengan kelewatan pengeluaran boleh menyebabkan kekurangan bekalan, lalu memaksa kerajaan yang bakal menghadapi gelombang kedua selesema itu, yang mungkin lebih dahsyat, membuat pilihan sukar dalam menentukan siapa yang patut diberi vaksin terlebih dahulu.
Pada Julai lalu, WHO melaporkan, 25 syarikat pengeluar ubat yang telah mengumumkan hasrat untuk mengeluarkan vaksin itu boleh menghasilkan 94 juta dos seminggu mulai pertengahan Oktober ini.
WHO, bagaimanapun meminda jumlah tersebut kepada angka yang jauh lebih rendah apabila enam pengeluar terbesar vaksin yang bertanggungjawab bagi 85 peratus pengeluaran global, melaporkan virus selesema babi yang mereka gunakan tidak membiak secepat yang dijangka.
"Jenis virus vaksin yang digunakan sekarang hanya menghasilkan 25 hingga 50 peratus daripada anggaran asal atau serendah 23 juta dos seminggu," kata Henry.
Beliau berkata, masih ada tanda tanya sama ada satu atau dua dos akan diperlukan bagi memastikan perlindungan vaksin yang berkesan.
Sebuah syarikat pengeluar ubat China, Sinovac Biotech semalam mengumumkan bahawa pihaknya sudah selesai menjalankan ujian klinikal yang menunjukkan vaksin barunya 'menghasilkan imuniti yang baik selepas satu dos'.
Namun, ramai pakar berkata, dos berganda akan diperlukan kerana kebanyakan orang tidak mempunyai imuniti terhadap virus baru influenza A (H1N1) itu. - AFP

Wednesday, August 19, 2009

257 kes baru H1N1

KUALA LUMPUR 19 Ogos — Seramai 257 pesakit disahkan positif Influenza A (H1N1) dan tiada kematian akibat jangktan wabak itu dilapor hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.
Beliau berkata daripada 257 kes baru itu, 36 kes di rawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 21 kes mempunyai faktor risiko seperti diabetes, penyakit kronik, asma, hamil dan bersalin, obesiti, kanak-kanak istimewa dan bayi.
“Kementerian Kesihatan mendapati masih ramai pesakit yang mengalami jangkitan Influenza A (H1N1) yang tidak memberi kerjasama yang baik dalam mengawal penularan wabak ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dr Mohd Ismail turut meminta mereka yang mempunyai simptom penyakit itu supaya lebih bertanggungjawab dengan tidak mengunjungi tempat awam seperti pusat membeli belah dan mengelak daripada menaiki kenderaan awam.
“Mereka yang mempunyai simptom influenza walaupun ringan, masih boleh disebar kepada orang lain apabila mereka ini batuk atau bersin. Oleh itu, sesiapa yang ada simptom ini mesti berada di rumah, jangan mengunjungi tempat awam, tempat kerja atau sekolah sehingga tidak bersimptom lagi,” katanya.
Orang ramai juga dinasihat sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan langkah-langkah pencegahan dengan melayari laman web khas H1N1 di http://h1n1.moh.gov.my atau menghubungi talian hotline 03-88810200 atau 03-88810300.
- BERNAMA

Monday, August 17, 2009

Dua lagi kematian kerana H1N1

KUALA LUMPUR 17 Ogos — Seorang bayi lelaki berumur tujuh bulan dan seorang wanita warga emas berumur 74 tahun adalah dua korban terbaru influenza A (H1N1) menjadikan jumlah kes kematian di negara ini seramai 64 orang.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, sehingga 9 pagi ini sejumlah 284 pesakit H1N1 sedang dirawat di wad manakala 33 pesakit yang disahkan menghidap H1N1 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di seluruh negara.
Daripada 33 kes ini, 17 kes didapati mempunyai faktor risiko.
Dr. Mohd. Ismail berkata, bayi tersebut yang menghidap asma dimasukkan ke ICU pada 7 Ogos lepas kerana demam, batuk dan sesak nafas selama dua hari.
“Bagaimanapun bayi tersebut meninggal dunia pada 15 Ogos lepas disebabkan ’severe pneumonia with acute respiratory failure’,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, wanita warga emas itu pula yang menghidap diabetes dan kegagalan jantung dimasukkan ke hospital pada 10 Ogos setelah pengsan di rumahnya dan meninggal dunia pada 12 Ogos disebabkan ’severe pneumonia’.
- BERNAMA

H1N1 kini tahap tenat

KUALA LUMPUR 16 Ogos – Darurat kesihatan tidak boleh diisytihar sewenang-wenangnya walaupun Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini dijangkiti virus selesema babi atau Influenza A (H1N1).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihaknya mengakui situasi wabak itu di negara ini adalah tenat, tetapi untuk mengisytihar negara sebagai darurat ia perlu mengambil kira banyak faktor dan kriteria lain.

Katanya, ia termasuk melibatkan pelbagai pihak lain seperti orang awam, kementerian dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Ini tidak bermakna kerajaan tidak serius dalam menangani penularan H1N1, malah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah Pengerusi kepada Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Untuk Menangani Wabak H1N1,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Malaysia hari ini mencatatkan tiga lagi kematian akibat virus H1N1 menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 62 orang manakala sebanyak 283 kes baru dilaporkan di seluruh negara dengan jumlah kes terkumpul H1N1 meningkat kepada 3,857 kes.

Semalam Tiong Lai berkata, WHO menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini berisiko dijangkiti virus influenza A (H1N1) jika orang ramai tidak mengambil serius langkah pencegahan bagi menghalang penularan virus itu.

Statistik itu berdasarkan kajian terperinci WHO mengenai kesan penularan luar biasa H1N1 terhadap sesebuah negara jika ancaman virus tersebut tidak ditangani secara berkesan dan menyeluruh.
Tiong Lai berkata, buat masa sekarang, Kementerian Kesihatan akan memfokuskan kepada aspek pencegahan dan rawatan khususnya terhadap pesakit-pesakit H1N1 yang terdiri daripada golongan berisiko tinggi.

“Kita akan terus mempergiatkan usaha menghebahkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan H1N1 di media massa seperti mengadakan sesi forum dengan orang ramai bagi meningkatkan tahap pengetahuan serta kesedaran mereka,” ujar beliau.
Menurutnya, Kementerian Kesihatan mahu mengambil langkah yang praktikal dalam mencegah penularan wabak H1N1 di negara ini termasuk meminta orang ramai memberi kerjasama bersepadu kepada kerajaan dalam perkara tersebut.

“Saya yakin keadaan akan bertambah pulih sekiranya orang ramai mempunyai tanggungjawab yang tinggi dan tidak memandang remeh penularan wabak H1N1,” jelas beliau.
Beliau seterusnya menegaskan, individu-individu yang mempunyai gejala penyakit serupa influenza (ILI) seperti demam panas, selesema dan batuk perlu segera mendapatkan rawatan di hospital demi kesihatan diri.
“Mereka juga perlu prihatin dengan keselamatan orang lain dengan tidak menghadiri majlis-majlis terbuka dan berehat di rumah supaya virus penyakit tidak menjangkiti individu yang tidak berkenaan,” katanya.

Sunday, August 16, 2009

Pengajaran H1N1

Pada suatu ketika, tahap wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) di negara ini tidaklah nampak membimbangkan kalau dibandingkan dengan negara serantau termasuk Singapura.
Namun, keadaan menjadi sebaliknya dengan peningkatan kes begitu mendadak.

Singapura lebih terkawal dengan lima kes kematian sementara Malaysia mencatatkan 59 maut - berada pada tahap mencemaskan. Kadar kematian per jangkitan akibat H1N1 Malaysia dikatakan antara tertinggi di dunia dan kedua di Asia Tenggara iaitu 1 dalam 40 kes, Thailand 1 - 119 dan Indonesia 1 - 168.

Sebanyak 59 terkorban angkara wabak itu di negara ini sehingga petang semalam. Tidakkah jumlah korban itu cukup besar? Kenapa ia boleh ke tahap itu sedangkan Malaysia bukanlah negara yang mundur.

Pada ketika Awang menghargai komitmen Kementerian Kesihatan dan pihak-pihak berkenaan menangani kes tersebut, ia sesungguhnya membuka ruang untuk kita menilai apa yang tidak kena. Dalam konsep keselamatan moden, wabak dan memerangi jangkitan sudah diletakkan sebagai ancaman utama kepada keselamatan. Tetapi pendekatan kita masih di takuk lama.

Antara cara termudah ialah media diminta jangan membesar-besar penularan wabak H1N1 di peringkat awal awal kononnya bimbang akan menimbulkan kegemparan dan menjejaskan sektor pelancongan. Media juga diminta elak guna istilah selesema babi sedangkan istilah itu lebih menggerunkan orang ramai. Stesen penyiaran utama dunia seperti CNN dan BBC turut menggunakan istilah dengan maksud sama (swine flu).

Lihatlah apa jadi sekarang? Bukanlah Awang mahu mencari salah sesiapa. Yang penting ambillah pengajaran daripada isu H1N1 ini. Banyak persoalan yang melingkari kita misalnya diketahui H1N1 sudah di tahap bahaya tetapi apa tindakan kita? Untuk menentukan sama ada sekolah tutup atau buka dan larangan perhimpunan ramai, juga masih tidak jelas.

Apakah kita mahu menunggu lebih ramai mati baru mengisytiharkan darurat wabak dan langkah yang lebih konkrit? Apabila kematian sudah tidak terkawal, adalah terlambat untuk bertindak dan apakah rakyat akan dipersalahkan nanti? Lakukanlah post mortem yang berani untuk mengenal pasti kelemahan kita. Jika perlu belajar daripada Singapura, belajarlah.

petikan dari akhbar utusan malaysia

H1N1: Minta masjid solat hajat

KOTA KINABALU 15 Ogos - Semua masjid di negeri ini diminta menjalankan sembahyang hajat dan doa bagi memohon dijauhkan daripada wabak selesema babi atau influenza A (H1N1).
Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Nasir Tun Sakaran berkata, pihaknya telah menghantar memo dan arahan sejak minggu lalu supaya seluruh masjid di negeri ini menganjurkan sembahyang hajat.
"Kita telah meminta semua masjid di negeri ini mengadakan sembahyang hajat bagi menolak bala dan menjauhkan kita daripada wabak H1N1 yang melanda.
"Mudah-mudahan dengan melakukan solat hajat ini kita akan dijauhi daripada wabak yang berbahaya itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurutnya, kini beberapa buah masjid telah mula mengadakan sembahyang hajat termasuklah masjid negeri.
Justeru beliau berharap, umat Islam di negeri ini dapat memberi kerjasama dengan menunaikan sembahyang beramai-ramai bagi memohon dijauhkan daripada segala bala dan bencana.
Kata Nasir, setiap masjid boleh menganjurkan solat hajat dan doa tolak bala pada bila-bila masa dan sekerap yang boleh.
Beliau berharap, umat Islam di negeri ini sentiasa berdoa dan memohon dijauhkan daripada wabak berkenaan setiap kali selepas menunaikan sembahyang.
Sementara itu, beliau meminta rakyat di negeri ini dapat mengikut segala panduan yang diberikan oleh Jabatan Kesihatan dalam usaha mengelak penularan wabak itu.
Tambahnya, individu yang mempunyai simptom wabak berkenaan juga hendaklah segera mendapatkan rawatan di hospital.

CUEPACS mahu cuti khas

MELAKA 15 Ogos - Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta cuti khas tujuh hari yang diberikan kepada kakitangan awam yang dijangkiti virus selesema babi atau influenza A (H1N1) tidak ditolak daripada jumlah cuti rehat tahunan.
Selain itu Presidennya, Omar Osman berkata, pihaknya mahu kerajaan mempertimbangkan pemberian bayaran insentif khas kepada kakitangan awam yang bertugas membuat pemeriksaan kesihatan virus H1N1 di semua pintu masuk negara.
Katanya, pemberian insentif itu perlu kerana golongan berkenaan merupakan kelompok kumpulan yang berisiko tinggi dijangkiti virus tersebut.
''Kita juga mahu apabila sesebuah sekolah diarah tutup akibat wabak H1N1, bukan hanya pelajar dan guru bercuti tetapi perlu melibatkan pekerja lain di sekolah berkenaan.
''Ini kerana kita mendapat laporan daripada ahli kita dalam kes H1N1 ini, ada sekolah yang diarah tutup tetapi pekerja tetap diminta datang bekerja," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Ke-32 Kesatuan Pekerja-Pekerja Kerajaan Melaka di sini hari ini.
Pada masa sama, beliau turut menggesa jabatan dan agensi kerajaan mengadakan taklimat khas kepada kakitangan awam berhubung perkembangan wabak H1N1 dari semasa ke semasa bagi membolehkan mereka mengambil langkah kesihatan sewajarnya.
Omar berkata, walaupun kes kematian di negara ini disebabkan H1N1 semakin meningkat namun masih terdapat di kalangan kakitangan awam yang melihat perkara itu sebagai isu remeh.
''Hasil tinjauan CUEPACS mendapati masih ramai penjawat awam tidak mengambil langkah pencegahan seperti memakai penutup muka dan hidung serta menggunakan sabun untuk mencuci tangan," katanya.
Oleh itu, beliau menggesa ketua jabatan mengambil langkah menyediakan kemudahan penutup mulut dan hidung serta sabun bagi kegunaan kakitangan awam.

Lokasi panas tidak praktikal

KUANTAN 15 Ogos - Langkah mengklasifikasikan sesuatu kawasan sebagai lokasi panas kes selesema babi atau influenza A (H1N1) dianggap tidak praktikal kerana ia banyak memberi kesan negatif.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tahap pengabaian terhadap penjagaan diri di kalangan rakyat akan lebih tinggi jika hanya beberapa kawasan diklasifikasikan sebagai lokasi panas H1N1.
Katanya, langkah itu juga memberi kesan negatif kepada sesuatu kawasan jika ia dikategorikan sebagai lokasi panas.
''Misalnya, jika ada kes H1N1 di Kuantan, kita tidak boleh kata jangan pergi ke Kuantan.
''Orang ramai yang tidak terlibat dalam lokasi panas pula, mereka akan ambil sikap mudah. Itu pun bahaya juga. Jika kita kata tidak ada apa-apa (di sesuatu kawasan), sebenarnya kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan secara serentak bagi UMNO Bahagian Kuantan, Paya Besar dan Indera Mahkota di Stadium Sukpa di Bandar Indera Mahkota di sini hari ini.
Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.
Beliau mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia semalam berhubung gesaan empat persatuan pengguna yang meminta kerajaan mendedahkan lokasi-lokasi panas kes H1N1 terutama kawasan yang membabitkan kematian atau mempunyai kadar jangkitan tinggi supaya orang ramai lebih berwaspada.
Melalui pendedahan itu, orang ramai boleh mengelak kawasan tersebut sama seperti larangan yang dikenakan kerajaan terhadap lawatan ke negara-negara yang dilanda wabak itu sebelum ini.
Muhyiddin memberitahu, beliau telah berbincang dengan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berhubung lokasi panas itu semalam dan memutuskan sukar mengklasifikasikan mana-mana kawasan di negara ini sebagai lokasi panas H1N1 memandangkan wabak itu telah merebak merentasi sempadan.
Jelas beliau, penularan H1N1 tidak boleh disamakan dengan jerebu yang boleh dilihat menerusi tompok-tompok merah berlaku kebakaran di atas peta.
''Saya telah bincang dengan Menteri Kesihatan, ada pelbagai pandangan dalam soal ini tetapi tiada dalam negara ini yang kita buat umumkan sebagai lokasi panas.
''Dalam soal penyakit dan virus, sukar bagi kita beritahu lokasi-lokasi panas yang ada berlaku kematian yang tinggi.
''Ia bukan macam jerebu yang mana kita akan lihat tompok-tompok merah berlaku kebakaran dalam peta. Ini soal virus yang berlaku di banyak negara lain juga. Ia telah merentasi sempadan dan bukan duduk berlegar di satu kawasan sahaja," jelasnya.
Apa yang penting, tegasnya, semua pihak perlu mengambil langkah berjaga-jaga terutama meningkatkan kebersihan diri dan mengelakkan perkara yang boleh mendedahkan diri kepada H1N1.
''Kita sentiasa memberitahu kes-kes yang berlaku menerusi media, jadi kita perlu jadikan panduan daripada maklumat yang disalurkan kerajaan itu," katanya.
Dalam pada itu, Muhyiddin memberitahu, kerajaan membelanjakan RM40 juta lagi untuk menambah bekalan ubat antivirus Tamiflu untuk dibekalkan kepada semua hospital kerajaan, swasta dan klinik.
''Kita minta bekalan antivirus Tamiflu ditambah lagi daripada 10 peratus kepada 20 peratus di semua hospital dan klinik.
''Kita juga telah membelanjakan sebanyak RM3 juta untuk mengedar penutup mulut dan hidung kepada pelajar sekolah di seluruh negara," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau mengarahkan Kementerian Kesihatan menyusunkan semula waktu menunggu bagi mengatasi masalah kesesakan pesakit di semua hospital kerajaan sejak kes H1N1 semakin serius akhir-akhir ini.
''Jika yang datang ke hospital 100 orang, 20 orang tenat, jururawat boleh buat ujian awal-awal dan asingkan. Mereka ini mesti diberi layanan utama bagi mengelakkan keadaan pesakit bertambah buruk," katanya.

5j berisiko dijangkiti H1N1

BUKIT MERTAJAM 15 Ogos - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini berisiko dijangkiti virus influenza A (H1N1) jika orang ramai tidak mengambil serius langkah pencegahan bagi menghalang penularan virus itu.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, statistik itu berdasarkan kajian terperinci WHO mengenai impak penularan luar biasa H1N1 terhadap sesebuah negara jika ancaman virus tersebut tidak ditangani secara berkesan dan menyeluruh.
''Kajian itu menyebut bahawa jika penularan virus H1N1 di sesebuah negara tidak berjaya ditangani dengan berkesan, 20 peratus penduduknya akan terdedah dengan jangkitan virus itu.
''Jadi semua pihak perlu tampil bersama-sama mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang disarankan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Bukit Mertajam (HBM) di sini hari ini.
Tiong Lai berkata, penularan H1N1 dijangka berlarutan dalam tempoh satu atau setahun setengah lagi dan ia diramal menular lebih cepat pada musim tengkujuh iaitu antara bulan Oktober hingga Disember ini.
Sepanjang tempoh itu katanya, orang ramai turut terdedah dengan penyakit berjangkit lain.
Justeru katanya, setiap lapisan rakyat perlu mengambil serius setiap langkah proaktif termasuk meningkatkan kebersihan diri tanpa mengharapkan program-program pencegahan yang dijalankan kerajaan semata-mata.
''Pada musim tengkujuh, kita lebih terdedah dengan selesema, batuk-batuk dan demam. Tempoh ini amat penting untuk semua rakyat mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak mengambil mudah," tambahnya.
Kajian WHO juga katanya, menunjukkan jumlah sebenar penduduk yang dijangkiti H1N1 adalah 20 kali ganda dengan jumlah pesakit yang direkodkan menerima rawatan akibat jangkitan virus tersebut.
''Ini bermakna jika kita merekodkan 3,574 kes jangkitan H1N1 setakat ini, jumlah sebenar yang dijangkiti adalah sekitar 70,000 orang. Kajian WHO ini mungkin tidak begitu tepat tapi kita kena beri perhatian sewajarnya," jelasnya.
Tiong Lai berkata, walaupun kajian WHO menunjukkan risiko kematian pesakit yang dijangkiti H1N1 amat rendah iaitu antara 0.1 hingga 0.4 peratus tetapi keadaan akan menjadi lebih buruk sekiranya langkah pencegahan tidak dilakukan secara bersungguh-sungguh.
Sementara itu katanya, tiga lagi kematian akibat H1N1 direkodkan setakat semalam menjadikan jumlah korban akibat penularan virus itu meningkat kepada 59 orang.
Katanya, tiga kematian itu membabitkan dua lelaki berusia 22 dan 29 tahun yang masing-masing menghidap penyakit jantung dan obesiti.
''Seorang lagi mangsa ialah wanita berusia 44 tahun yang menghidap asma dan disahkan meninggal dunia selepas enam hari menerima rawatan," tambahnya.

Friday, August 14, 2009

H1N1: Bayi lahir tidak cukup bulan antara 5 korban terbaru

KUALA LUMPUR 14 Ogos — Seorang bayi yang dilahirkan tidak cukup umur adalah antara lima kematian terkini akibat Influenza A(H1N1), menjadikan jumlah kematian di negara ini sebanyak 56 kematian.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dalam kenyataan hari ini berkata empat daripada kes kematian mempunyai faktor risiko iaitu obes, diabetes dan TB paru-paru (1 kes), diabetes (1 kes) dan bayi (2 kes).
Katanya, kematian tersebut berlaku pada 8 Ogos (1 kes), 11 Ogos (2 kes) dan 12 Ogos (2 kes).
Menurut beliau, kematian pada 12 Ogos melibatkan bayi tidak cukup bulan berusia 27 minggu yang dimasukkan ke hospital pada 3 Ogos kerana demam, batuk, selesema dan susah bernafas selama tiga hari.
Keadaan bayi berkenaan semakin teruk dan telah diventilasi sebelum ujian swab dan rawatan antiviral diberikan.
Seorang lagi bayi yang meninggal dunia berumur dua bulan yang dimasukkan ke hospital pada 7 Ogos setelah berada dalam keadaan tidak memberikan tindak balas serta pucat.
Katanya, sebelum kejadian itu, bayi berkenaan mula meragam dan kurang minum susu sejak 5 Ogos tetapi tidak demam, batuk atau sesak nafas.
Bagaimanapun, bayi itu telah dimasukkan ke ICU apabila didapati keadaannya semakin kritikal dan meninggal dunia pada 8 Ogos.
Menurut Dr Mohd Ismail, dua lagi kematian melibatkan seorang wanita berumur 49 tahun dan seorang lelaki berumur 57 tahun yang merupakan penghidap diabetes.
Wanita berkenaan, selain obes dan mempunyai diabetes, juga dikesan mempunyai tuberkulosis dan dimasukkan ke hospital pada 29 Julai setelah tidak pulih daripada demam, batuk, sakit tekak dan sesak nafas sejak pertengahan bulan yang sama.
Wanita itu yang dirawat untuk pneumonia dibenarkan pulang pada 3 Ogos dan kemudian dimasukkan semula ke wad empat hari selepas itu untuk rawatan tuberkulosis.
Pada 8 Ogos, beliau telah diberikan antiviral kerana disyaki positif H1N1 sebelum meninggal dunia pada 11 Ogos kerana keadaan kesihatan yang semakin teruk.
Kematian seorang lagi penghidap diabetes adalah pada 12 Ogos akibat sepsis disebabkan pneumonia.
Lelaki berkenaan sebelum itu, mendapat simptom batuk dan selsema pada 2 Ogos tetapi tidak sembuh selepas mendapatkan rawatan.
Lelaki itu kemudian mendapatkan rawatan susulan pada keesokan harinya apabila mengalami demam, muntah dan cirit-birit dan pada hari yang sama dimasukkan ke hospital serta diberikan antiviral.
Seorang remaja lelaki berumur 19 tahun turut menjadi mangsa H1N1 apabila dimasukkan ke wad pada 7 Ogos setelah mengalami demam dan batuk selama dua hari dan diberikan rawatan antiviral.
Remaja itu meninggal dunia empat hari kemudian kerana sesak nafas yang teruk selepas disahkan positif H1N1 pada 8 Ogos.
Sementara itu, Dr Mohd Ismail berkata sebanyak 70 peratus faktor kematian adalah disebabkan faktor risiko kesihatan, 40 peratus didapati lewat mendapat rawatan awal manakala 13 peratus lagi gagal dikesan oleh pengamal perubatan terlebih awal.
“Oleh yang demikian, saya berpendapat ada antara kematian ini dapat dielak sekiranya pesakit dan pengamal perubatan lebih peka dan mengambil tindakan sewajarnya dengan segera,” katanya.
Mengenai situasi terkini H1N1, Dr Mohd Ismail memaklumkan terdapat seramai 72 pesakit H1N1 sedang dirawat di wad dan 27 lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Katanya, daripada 27 kes yang berada di ICU, 18 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (10), obesiti (4), kanak-kanak (2), hamil (1) dan selepas bersalin (1).
Dalam pada itu beliau berkata kadar penularan Influenza A(H1N1) di dalam komuniti adalah tinggi dan ini dapat dilihat daripada ramainya pesakit yang datang ke hospital dan klinik untuk mendapatkan rawatan.
Beliau meminta orang awam khususnya mereka yang mempunyai simptom influenza supaya mengambil langkah pencegahan seperti berehat di rumah selepas mendapatkan rawatan jika tidak dimasukkan ke hospital.
Selain itu, guru dan ketua tempat kerja diminta menjalankan saringan harian untuk memastikan mereka yang mengalami simptom tidak meneruskan kerja atau menghadiri kelas.
Sementara ibu bapa atau penjaga diminta memastikan anak mereka yang mempunyai gejala influenza tidak hadir ke sekolah bagi mengurangkan penularan jangkitan dan tidak mengganggu aktiviti pembelajaran di sekolah.
— BERNAMA

Thursday, August 13, 2009

10 lagi warga Labuan dijangkiti virus Influenza H1N1

LABUAN: 10 lagi warga Labuan disahkan dijangkiti virus Influenza A H1N1 menjadikan jumlah keseluruhan kepada 24 kes sejak ia dikesan pada 28 Julai lalu.
Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr Zaini Husin berkata, sehingga petang kelmarin jumlah mereka yang disahkan positif H1N1 meningkat daripada 14 kes kepada 24 kes.
Menurutnya, 10 kes itu disahkan positif dalam tempoh tiga hari berturut-turut masing-masing tiga kes pada Isnin dan Selasa, manakala empat kes lagi disahkan kelmarin membabitkan tujuh pelajar dan tiga awam termasuk seorang daripadanya merupakan kakitangan Jabatan Kesihatan.
“Kesemua mereka yang disahkan positif H1N1 telah dikuarantin dalam rumah atau asrama selama seminggu bagi memastikan wabak itu tidak merebak kepada orang lain,” katanya ketika dihubungi di sini petang kelmarin. Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan kesemua sekolah yang sebelum ini ditutup sehingga 11 Ogos lalu te lah dibuka seperti biasa bermula kelmarin dan tidak ada sekolah lain yang ditutup.
Sejak 28 Julai lalu pelajar dari SK Pantai menjadi penyumbang terbesar penularan wabak H1N1 iaitu 5 kes diikuti, SK Pekan Dua (3), SM Mutiara (3), SM Sains (2), Kolej Matrikulasi Labuan (2), UMS-KAL (2) dan masing-masing satu kes dari Institut Latihan Perindustrian (ILP), SK Bedaun dan SK Sungai Lada.
Manakala empat kes lagi adalah melibatkan orang awam termsuklah seorang daripadanya kakitangan Jabatan Kesihatan yang merawat pesakit sebelum ini.
Daripada jumlah itu katanya, seorang telahpun disahkan sembuh 100 peratus, manakala 14 lagi akan dapat diketahui status kesihatan mereka hari ini (Rabu) apabila tempoh kuarantin mereka berakhir kelmarin.
Dr Zaini turut menasihatkan orang ramai dan mereka yang berisiko virus Influenza A H1N1 supaya tidak berkunjung ke tempat-tempat sesak dan terbuka, bagi mengelakkan penularan virus tersebut.
Menurut beliau lagi, pihaknya bersama-sama dengan beberapa jabatan dan agensi kerajaan yang lain serta NGO’s dan parti-parti politik di pulau ini akan melaksanakan Kempen Mencegah Influenza A H1N1 secara berterusan bermula Sabtu ini.

Tuesday, August 11, 2009

Enam lagi kematian H1N1

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Jumlah korban akibat selesema babi atau influenza A (H1N1) di negara ini terus meningkat dengan enam lagi kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kematian akibat wabak itu meningkat kepada 32 kes sehingga kini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, daripada enam kematian yang direkodkan, hanya satu kes kematian berlaku semalam.
Beliau berkata, lima kematian lain yang berlaku sebelum itu hanya disahkan mendapat jangkitan H1N1 pada 7 dan 8 Ogos lalu serta dilaporkan secara formal sebagai kes- kes kematian yang berkaitan H1N1 semalam.
"Empat daripada kes kematian tersebut didapati mempunyai faktor risiko. Tarikh kematian sebenar enam kes itu adalah 5 Ogos (2 kes), 8 Ogos (3) dan satu kes pada 9 Ogos," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau menambah, sebanyak 203 kes baru H1N1 termasuk enam kes kematian dilaporkan di seluruh negara hari ini menjadikan kes terkumpul H1N1 meningkat kepada 1,983 kes dengan 32 kes kematian.
"Kesemua kes baru H1N1 tersebut adalah kes jangkitan tempatan dan semua pesakit terdiri daripada warganegara Malaysia," jelas beliau.
Merujuk kepada situasi global sehingga hari ini, Mohd. Ismail berkata, sejumlah 208,155 kes dengan 1,688 kematian telah dilaporkan dari 174 negara.
"Ia merupakan peningkatan sebanyak 1,066 kes dengan 100 kematian berbanding hari sebelumnya," katanya.
Menurutnya, orang ramai yang mengalami simptom dan berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi akibat jangkitan H1N1 diminta segera mendapatkan rawatan di hospital.
"Rawatan antiviral akan diberi kepada pesakit tanpa memerlukan ujian pengesahan makmal. Ia sangat berkesan untuk mengubati pesakit jika dimulakan dalam tempoh 48 jam selepas gejala bermula," katanya.
Mohd. Ismail berkata, mereka yang mempunyai simptom ringan diminta untuk mendapatkan rawatan simptomatik selain dinasihatkan berada di rumah dan membataskan pergaulan serta aktiviti di luar.
"Kebersihan diri dan etika batuk perlu sentiasa diamalkan iaitu dengan memakai penutup mulut dan hidung jenis tiga lapis bagi mengurangkan penularan virus kepada orang lain jika terpaksa keluar rumah," katanya.
Tambahnya, orang ramai harus mendapatkan rawatan segera apabila mengalami tanda-tanda seperti masalah sukar bernafas, demam atau sakit dada yang berterusan, batuk berdarah, muntah atau cirit-birit yang kerap.
"Mereka diminta terus mengamalkan cara hidup sihat termasuk banyak minum air, tidak merokok, makan secara sihat dan melakukan aktiviti fizikal. Amalkan langkah-langkah pencegahan H1N1 bagi mengurangkan penularan penyakit ini," katanya.
Ujar beliau, penutupan sesebuah sekolah atau institusi adalah bergantung kepada penilaian risiko yang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah dan persetujuan bersama dengan pihak pengurusan sekolah atau institusi tersebut.
"Di hospital kerajaan, ujian pengesahan jangkitan H1N1 hanya dibuat untuk kes-kes yang dimasukkan ke hospital sahaja," katanya.

Monday, August 10, 2009

H1N1: Lapan lagi mati

JUMLAH korban akibat selesema babi atau influenza A (H1N1) di negara ini terus meningkat dengan lapan lagi kematian direkodkan semalam.
Ia menjadikan jumlah kematian akibat wabak itu meningkat kepada 26 kes sehingga kini.
Jadual peperiksaan utama yang bakal diduduki pelajar hujung tahun ini kekal.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Kementerian Pelajaran yang diketuainya mempunyai pelan kontigensi untuk menangani perkara itu sekiranya jangkitan H1N1 tidak terbendung.
Semua masjid di seluruh negara digesa mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat akan datang bagi memohon negara diselamatkan daripada penularan wabak influenza A(H1N1).
KOTA KINABALU 9 Ogos – Jumlah korban akibat selesema babi atau Influenza A (H1N1) di negara ini terus meningkat dengan lapan lagi kematian direkodkan hari ini.
Ia menjadikan jumlah kematian akibat wabak itu meningkat kepada 26 kes sehingga kini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong lai berkata, tujuh kematian yang direkodkan berkenaan dilaporkan daripada golongan berisiko tinggi yang mempunyai penyakit lain.
Selain itu katanya, kes terbaru itu menyaksikan kes kematian pertama di Sabah melibatkan seorang lelaki warga emas dan seorang wanita.
“Satu kematian direkodkan pada 3 Ogos lalu, dua pada 5 Ogos, empat pada 6 Ogos dan satu kematian direkodkan semalam,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis penamaan semula Hospital Likas kepada Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di sini hari ini.
Turut hadir, Pengarah Kesihatan Sabah, Dr. Marzukhi Md. Isa dan Pengarah Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, Dr. Razak Tambi.
Menurut Tiong Lai, kes kematian di Sabah turut membabitkan seorang wanita berusia 24 tahun yang mengalami masalah obesiti.
Katanya, mangsa dimasukkan ke Hospital Ranau pada 1 Ogos lalu kerana mengalami demam dan batuk selama empat hari, sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada 5 Ogos dan meninggal dunia pada hari yang sama.
Beliau memberitahu, mangsa yang mengalami jangkitan paru-paru dan kegagalan jantung hanya disahkan menghidap wabak H1N1 pada 7 Ogos lalu.
“Kes kematian lain di Sabah adalah melibatkan lelaki berusia 74 tahun yang menghidapi penyakit jantung kronik yang dimasukkan ke HQE pada 3 Ogos yang mempunyai sejarah kesukaran bernafas selama sebulan dan demam satu hari sebelum meninggal dunia pada 6 Ogos lalu,” katanya.
Tiong Lai berkata, pada masa ini seramai 62 mangsa H1N1 sedang mendapatkan rawatan di hospital dan 13 lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU),
Jelasnya, selain itu lima lagi pesakit yang disyaki menghidap H1N1 turut ditahan di ICU bagi menunggu keputusan ujian.
Sementara itu katanya, pada masa ini sebanyak 402 kes direkodkan di Sabah dengan tujuh mangsa masih ditahan di hospital termasuk seorang di ICU dan tujuh lagi kes ILI yang masih menunggu keputusan ujian.
Tambahnya, sehingga hari ini juga sebanyak 35 sekolah di Sabah ditutup akibat wabak itu.

Wednesday, August 5, 2009

Tiga lagi kematian akibat H1N1

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Sebanyak tiga lagi kematian akibat wabak selesema babi atau influenza A(H1N1) dilaporkan hari ini menjadi 11 kematian dengan 1,476 kes dilaporkan diseluruh negara setakat ini.

Tuesday, August 4, 2009

H1N1: Tiada kematian, 14 kes baru dikesan

PUTRAJAYA 4 Ogos — Walaupun tiada kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam sejak 8 pagi semalam akibat selesema babi atau Influenza A (H1N1), sebanyak 14 kes baru dikesan dalam tempoh tersebut, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Daripada 14 kes yang dilaporkan itu, 13 merupakan kejadian daripada tiga kluster baru dan satu kes sporadik atau terpencil.
“Jumlah kes terkumpul kes Influenza A (H1N1) di Malaysia setakat 8 pagi hari ini ialah 1,460 kes dengan jumlah kematian lapan orang. Daripada 1,460 kes itu, 574 atau 39.4 peratus adalah kes import dan 886 kes jangkitan tempatan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Mengenai Pandemik H1N1 di sini hari ini.
Katanya, daripada jumlah itu, 1,410 kes telah sembuh dan hanya 27 kes sahaja yang sedang menerima rawatan antiviral di hospital dengan 10 daripada kes itu berada di unit rawatan rapi manakala 23 orang sedang menerima rawatan antiviral di rumah.
Beliau juga berkata, daripada 10 kes yang berada di unit rawatan rapi, tiga mempunyai faktor risiko yang tinggi iaitu obesiti (1), wanita lepas bersalin (1) dan imuniti rendah (1).
Bagi 14 kes yang dikesan dalam masa 24 jam yang lalu, satu kes dirawat di unit rawatan rapi dan 13 orang menerima rawatan pesakit luar, katanya.

H1N1: Tiada kematian, 14 kes baru dikesan

PUTRAJAYA 4 Ogos — Walaupun tiada kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam sejak 8 pagi semalam akibat selesema babi atau Influenza A (H1N1), sebanyak 14 kes baru dikesan dalam tempoh tersebut, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Daripada 14 kes yang dilaporkan itu, 13 merupakan kejadian daripada tiga kluster baru dan satu kes sporadik atau terpencil.
“Jumlah kes terkumpul kes Influenza A (H1N1) di Malaysia setakat 8 pagi hari ini ialah 1,460 kes dengan jumlah kematian lapan orang. Daripada 1,460 kes itu, 574 atau 39.4 peratus adalah kes import dan 886 kes jangkitan tempatan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Mengenai Pandemik H1N1 di sini hari ini.
Katanya, daripada jumlah itu, 1,410 kes telah sembuh dan hanya 27 kes sahaja yang sedang menerima rawatan antiviral di hospital dengan 10 daripada kes itu berada di unit rawatan rapi manakala 23 orang sedang menerima rawatan antiviral di rumah.
Beliau juga berkata, daripada 10 kes yang berada di unit rawatan rapi, tiga mempunyai faktor risiko yang tinggi iaitu obesiti (1), wanita lepas bersalin (1) dan imuniti rendah (1).
Bagi 14 kes yang dikesan dalam masa 24 jam yang lalu, satu kes dirawat di unit rawatan rapi dan 13 orang menerima rawatan pesakit luar, katanya.

Wednesday, July 29, 2009

Kematian keempat kes H1N1

PUTRAJAYA 29 Julai - Seorang wanita rakyat Malaysia berusia 20 tahun merupakan mangsa keempat yang meninggal dunia akibat Influenza A(H1N1) pagi semalam di Hospital Melaka, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Ismail Merican di Putrajaya hari ini.

Shan Tao's turn to close

Kota Kinabalu: SJK(C) Shan Tao here was ordered closed for a week effective Tuesday after two of its pupils were tested positive for the influenza A (H1N1) virus.
Shan Tao became the fifth school - and the first primary school in Sabah - to be temporarily shut in the State due to the virus after SM Sains Lahad Datu, SM Sains Kota Kinabalu, SM Kebangsaan Bandaraya and SM Agama Kota Kinabalu.

Deputy Health Minister Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin said health authorities confirmed two pupils had the virus, with 11 pupils from the school down with suspected H1N1 symptoms.
Meanwhile, Shan Tao headmaster Goh Teck Seng said the two H1N1-confirmed pupils, both in Primary Three, had not travelled abroad, pointing out they could have contracted the virus locally.

He also said more than 300 pupils did not turn up to school on Tuesday, after one of the pupils was confirmed with the virus the previous day and news of suspected H1N1 cases were reported in the papers, adding there were more than 1,700 pupils in the school.
Claiming that a Primary Six pupil from the school also tested positive to the virus the same day, he said, the school was closed at about 11am after a discussion between the school administration and health authorities following the pupils developing the flu symptoms.
Health authorities went to the school on Monday, checking and clearing the teaching staff of the virus before screening the pupils.

The school's Parents Teachers Association Chairman, Fung Mou Poon, then organised the pupils in two groups for the health authorities to inspect, to which later they found eight pupils having high fever.
The pupils were isolated at the canteen before their parents came and took them for a check at the hospital. They were later told to go on home quarantine.

A notice by the Health Office was pasted at the entrance, ordering for the temporary closure of the school until Aug. 2.
The pupils were also advised to stay in home quarantine and told to refrain from visiting public places.

If any of them developed symptoms including a body temperature of over 38 degrees Celsius, they should seek immediate medical attention. The school's alumni Chairman, Dr Hiew King Cheu, who is also the MP, also visited the school.

Saturday, July 25, 2009

Now virus closes SM Sains

Kota Kinabalu: SM Sains Kota Kinabalu in Bukit Padang here became the second school to be closed in Sabah due to the influenza A (H1N1) virus on Friday.
Deputy Health Minister, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin said they suggested the closure after 17 students developed symptoms of the flu and were admitted to hospital.
However, she did not specify the number of students found positive for the virus, but only that they moved to have the school closed for a week "as the number of students affected were high."
She said health authorities are still investigating.
Meanwhile, two SM La Salle Tanjung Aru students also tested positive for the flu strain on Thursday.
But Rosnah said there were no measures taken to close the school yet. She also did not specify the number of suspected H1N1 cases from the school.
The full-board school of SM Sains in Lahad Datu was the first to close in Sabah due to the pandemic on Thursday, after two students from the school tested positive to the virus.
A total of 12 students from the school were admitted to hospital, with 120 students quarantined while the rest have been placed in isolation in the hostel.

Tuesday, July 14, 2009

Makanan segera pendekkan hayat

KUALA LUMPUR 21 Mac. Pengambilan makanan segera merupakan antara faktor yang boleh memendekkan jangka hayat rakyat Malaysia. Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Datuk Lee Kah Choon berkata, kajian mendapati sebahagian besar daripada makanan tersebut mempunyai lemak, gula dan garam yang berlebihan.

Jika kita tidak berjaga-jaga apabila terus memakan makanan yang tidak sihat, ia akan memendekkan jangka hayat kita, katanya. Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Badruddin Amiruldin (BN-Jerai) mengenai kesan pengambilan makanan segera terhadap jangka hayat rakyat negara ini. Menurut Kah Choon, sebab-sebab lain yang memendekkan umur rakyat Malaysia ialah kemalangan jalan raya yang merupakan bilangan kes tertinggi diikuti penyakit dan faktor semula jadi.

Menjawab soalan asal Tan Sri Dr. Ting Chew Peh (BN-Gopeng), Kah Choon berkata, purata jangka hayat kaum Cina adalah paling panjang berbanding kaum lain iaitu 73.6 tahun bagi lelaki dan 78.8 tahun bagi perempuan. Katanya, jangka hayat kaum Bumiputera ialah 70.4 tahun bagi lelaki dan 74.8 tahun (perempuan) manakala kaum India 67.4 tahun (lelaki) dan 75.4 tahun (perempuan).

Wednesday, July 1, 2009

KONVENSYEN KMK KE 18 JKNS

Berikut adalah senarai pemenang bagi kategori yg dipertandingkan.

KATEGORI PENGURUSAN

Johan - KMK Phygocyte (HQE,Bahagian patologi)
Kedua - KMK Smarties (Hospital mesra bukit padang)
Ketiga - KMK Mesra (Hospital mesra bukit padang)


KATEGORI TEKNIKAL

Johan - KMK Gong (Hospital Kudat)
Kedua- KMK Innopath (HQE,bahagian Patologi)
Ketiga- KMK Kompas (Pusat bekalan Farmasi)

kesemua juara mendapat hadiah RM 1000 beserta piala,kedua RM 700/piala dan ketiga RM 500 dan piala..hadiah di sampaikan oleh DR Hj Marzuki Md Isa,Pengarah Kesihatan Negeri Sabah.

38 lagi kes baru selesema babi dikesan

PUTRAJAYA 1 Julai — Sebanyak 38 kes baru selesema babi (H1N1) dikesan sehingga pagi ini yang terdiri daripada 33 kes import dan lima kes jangkitan tempatan, menjadikan jumlah keseluruhan 196 kes.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, daripada 38 kes itu, 30 kes melibatkan warga Malaysia dan lapan warga asing.

“Lapan warga asing itu ialah lima dari Indonesia, masing-masing satu dari Sweden, Palestin, dan Argentina,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara kes tempatan pula melibatkan tiga kes pelajar dari Sekolah Menengah Tsun Jin, Jalan Loke Yew, Cheras, Kuala Lumpur, dua kes adalah kontak kepada kes import ke-147 dan satu kes kontak kepada kes ke-143.

Liow berkata sehingga kini seramai 86 pesakit masih menerima rawatan dan 110 telah sembuh sepenuhnya. - Bernama

Saturday, June 27, 2009

10 PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SEMASA MENJALANI KUARANTIN DI RUMAH

1. Anda perlu berada di rumah sepanjang tempoh kuarantin yang ditetapkan (seboleh-bolehnya duduk dalam bilik berasingan dari ahli keluarga yang lain).

2. Anda tidak dibenarkan keluar dari rumah sama ada untuk bertugas, pergi ke sekolah, tuisyen, rumah ibadat, majlis makan, kenduri, membeli-belah dan lain-lain aktiviti atau mana-mana tempat awam.

3. Amalkan kebersihan diri:
· Tutup mulut dan hidung dengan tisu, tuala atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.
· Kerap membasuh tangan dengan air dan sabun terutama selepas batuk atau bersin. Basuh tangan selepas menyentuh hidung, mulut dan mata anda.
· Elakkan berkongsi tandas, peralatan peribadi seperti tuala, sapu tangan dan lain-lain.
· Pastikan pengudaraan yang baik di dalam rumah
· Permukaan objek seperti lantai dan meja yang tercemar oleh cecair hidung atau mulut perlu dibersihkan. Gunakan bahan cucian berasaskan klorin (misalnya, chlorox - campurkan 1 bahagian chlorox dengan 49 bahagian air).

4. Jika anda demam, batuk dan mengalami gejala-gejala selesema dan perlu berhubung dengan orang lain, gunakan penutup mulut dan hidung (mask).

5. Kurangkan pertemuan dengan rakan atau saudara mara dan elakkan dari hadir di tempat awam.

6. Pantau suhu badan (demam) dan tanda-tanda jangkitan setiap hari sepanjang tempoh kuarantin.

7. Dapatkan bantuan saudara mara atau rakan bagi memperolehi keperluan harian jika tinggal bersendirian.

8. Catatkan nama, nombor telefon dan alamat saudara mara, rakan atau mereka yang mengunjungi rumah anda.

9. SEGERA hubungi Pegawai Kesihatan Daerah berdekatan sekiranya mengalami demam atau gejala-gejala lain penyakit.

10. Ikuti perkembangan semasa mengenai penyakit ini dari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia, radio, TV dan akhbar.


PATUHI SEMUA ARAHAN YANG DIKELUARKAN OLEH PIHAK BERKUASA

Sikap tak peduli H1N1

HAKIKATNYA tiada siapa daripada kita yang menyangka gelombang kedua selesema babi atau influenza A (H1N1) akan melanda negara seperti ketika ini.

Sewaktu wabak influenza A pertama kali dikesan di Mexico April lalu, ramai beranggapan virus H1N1 itu terlalu jauh untuk merebak sehingga ke negara ini.

Meskipun sering kali diingatkan betapa virus itu boleh tersebar dengan pantas memandangkan ia boleh berpindah dari manusia ke manusia, namun ramai yang seolah-olah tidak ambil peduli.
Barangkali kerana merasakan berada di dalam zon selesa, maka langkah pencegahan dan berwaspada tidak begitu diberi perhatian.

Pandemik ini juga seolah-olah dipandang ringan oleh orang ramai.
Buktinya, di mana-mana waima di lokasi tumpuan pelancong sekali pun, tidak ramai yang mengambil pendekatan berjaga-jaga antaranya dengan memakai topeng.

Sehinggalah hari ini, wabak yang sudah membunuh kira-kira 250 orang dan menjangkiti 60,000 orang di seluruh dunia itu semakin tersebar luas di negara ini.

Sehingga semalam, 11 lagi kes baru H1N1 dicatatkan menjadikan jumlah kes di seluruh negara sebanyak 93 kes.

Apa yang membimbangkan, kes-kes tempatan juga mula menunjukkan peningkatan.
Ini bermakna, virus itu sudah mula tersebar di kalangan orang ramai yang berhubung secara langsung dengan pembawa virus berkenaan.

Membimbangkan juga apabila pelajar sekolah ketika ini dilaporkan antara yang menjadi mangsa.
Tanpa pengawalan yang ketat, wabak itu boleh menjadi bencana besar kepada negara memandangkan ramai yang terbabit secara langsung dengan persekitaran sekolah.

Kerana itu juga, langkah menutup beberapa buah sekolah yang pelajarnya disahkan positif H1N1 dilihat sebagai jalan pencegahan terbaik bagi mengelak lebih ramai menjadi mangsa.
Di beberapa negara seperti di Hong Kong, sekolah-sekolah di sana ditutup selepas beberapa kes H1N1 dilaporkan di kalangan pelajar.

Langkah kerajaan Hong Kong itu bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana negara itu ketika ini mencatatkan jumlah kes antara yang tertinggi.

Tidak dinafikan, langkah menggantung sepenuhnya sesi persekolahan merupakan antara kaedah terbaik yang boleh dilaksanakan dalam mencegah penularan wabak itu di negara ini.
Namun, kerajaan perlu berhati-hati dengan langkah ini kerana bimbang ia akan mencetuskan situasi panik di kalangan orang ramai.

Dalam masa yang sama, kerajaan perlu mencari jalan terbaik mengawal penularan wabak itu serta meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai risikonya.
Bagi Pensyarah Kanan ORL, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Irfan Mohamad, selain hebahan media, kerajaan juga boleh mengambil beberapa pendekatan yang dilihat boleh membantu.

Beliau yang baru pulang dari Hong Kong turut berkongsi pengalaman di kalangan orang ramai.
Antaranya ialah dengan menyediakan kemudahan membersihkan tangan menggunakan dispenser automatik yang diletakkan di kebanyakan kawasan awam.
Ia termasuk di lobi-lobi hotel, lapangan terbang, kedai-kedai, kawasan tumpuan pelancong dan banyak lagi.

Tempat-tempat yang biasa dipegang dengan tangan seperti tombol pintu, butang lif, pemegang besi dalam komuter dan pengangkutan awam pula sentiasa dicuci dengan antiseptik.

''Sesetengah tempat yang sering dipegang itu pula dicuci sekerap sejam sekali. Butang lif misalnya, dilapik dengan plastik bagi memudahkan tujuan mencuci," ujar beliau.

Memandangkan virus H1N1 ini masih belum ditemukan antivirusnya, maka langkah terbaik yang diambil oleh seluruh negara ketika ini ialah dengan mengkuarantin pesakit.
Di negara yang terjejas teruk seperti Mexico, Australia dan Amerika Syarikat, kawasan-kawasan tumpuan orang ramai seperti pasar raya, restoran dan pub ditutup.

China dan Rusia pula mengharamkan import daging babi selain mengenakan kawalan pemeriksaan ketat ke atas pelancong.
Bagaimanapun, kita perlu mengakui bahawa kebanyakan kes yang berlaku di negara ini berpunca daripada virus H1N1 yang diimport dari luar negara.

Ini bermakna langkah terbaik ialah menghalangnya daripada memasuki negara ini dari mana-mana pintu masuk utama.

Secara mudahnya, kerajaan boleh sahaja mengeluarkan arahan supaya semua penerbangan terutama dari negara yang terjejas teruk dengan wabak H1N1 tidak dibenarkan masuk ke negara ini.

Namun, mengongkong pergerakan manusia seperti itu bukanlah sesuatu yang praktikal dan kerajaan juga mungkin terpaksa berdepan dengan kecaman daripada negara lain.

Apa yang mungkin boleh dilaksanakan ialah mengeluarkan nasihat perjalanan kepada orang ramai supaya tidak menangguhkan perjalanan ke luar negara apatah lagi untuk tujuan bersetuju.

Dalam masa yang sama, kerajaan perlu meningkatkan pemeriksaan kesihatan di pintu masuk utama lebih-lebih lagi di lapangan terbang.

Ketika ini, langkah pencegahan di pintu masuk utama itu sudah pun dilaksanakan dan ia sebenarnya jauh lebih ketat jika dibandingkan dengan beberapa negara lain.

Malah, kerajaan turut mengambil langkah mewartakan borang pengisytiharan kesihatan bagi membolehkan pemantauan ke atas penumpang dilakukan dengan lebih terperinci.

Bagaimanapun dengan kepantasan wabak ini tersebar, kerajaan tiada pilihan selain meningkatkan proses saringan dan pemeriksaan supaya tidak ada penumpang dengan simptom dijangkiti virus H1N1 lepas bebas.

Pemeriksaan yang ketat juga tambah Irfan, perlu bagi mengelak kemungkinan terdapat penumpang yang tidak jujur dalam mengisytiharkan status kesihatan mereka.

''Ini kerana mungkin terdapat penumpang yang dengan sengaja menyembunyikan simptom-simptom seperti batuk, demam dan selesema yang dihidapi mereka kerana bimbang percutian mereka terganggu," ujar beliau.

Friday, June 26, 2009

H1N1: 11 lagi kes baru

*Membabitkan lapan kes import dan tiga tempatan.

*Mencatatkan 91 kes keseluruhan setakat ini.

*56 kes masih di wad, 35 dibenar keluar hospital.

*Anak Timbalan Ketua Menteri Sabah antara yang positif.

*Kementerian bekukan serta merta cuti 100,000 kakitangan kesihatan awam.

*Program pelajar di luar negara dibatal, tunda.

*Sekolah berhawa dingin dicadang guna kipas.

*Umat Islam digesa adakan solat hajat.

*Universiti Malaya tubuh jawatankuasa bertindak tangani penularan.

*Rais Yatim cadang istilah selesema babi digunakan semula.

PUTRAJAYA 25 Jun – Kes selesema babi atau influenza A (H1N1) di negara ini terus meningkat dengan 11 lagi kes baru dikesan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, ia membabitkan lapan kes import dan tiga jangkitan tempatan.

‘‘Ada 11 kes baru H1N1 menjadikan keseluruhan yang dicatat setakat ini sebanyak 91 kes.
‘‘Dalam wad ketika ini masih ada 56 kes manakala 35 pesakit lagi sudah pulih dan dibenarkan keluar hospital,” kata beliau selepas menyempurnakan Majlis Perkhidmatan Cemerlang kementeriannya di sini hari ini.

Daripada lapan kes import, lima melibatkan warganegara Malaysia dan tiga rakyat asing dari Ireland, Australia dan Filipina.

Kes jangkitan tempatan pula melibatkan dua warganegara Malaysia dan seorang rakyat Yemen.
Katanya, jumlah sekolah yang ditutup masih kekal empat buah iaitu Sekolah Antarabangsa Seri Chempaka, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Jalan Davidson, Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Assunta 1 dan SRK Assunta 2.

Tiong Lai memberitahu, kes ke-81 dikesan membabitkan wanita warga tempatan berumur 27 tahun yang mula dijangkiti demam semasa berada di Phuket, Thailand pada 19 Jun lalu.
Mangsa kembali ke Malaysia melalui Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) dengan penerbangan AirAsia, AK823 pada 21 Jun.

Mangsa kemudian meneruskan penerbangan ke Pulau Pinang dengan pesawat AK5368 sebelum dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang pada 22 Jun.

Empat individu yang berinteraksi dengan mangsa telah dimasukkan ke Hospital Alor Setar manakala tujuh lagi dikenakan kuarantin rumah.

Kes ke-82 pula membabitkan pelancong warga Australia berusia 26 tahun yang tiba di Lapangan Terbang Kuching dari Singapura pada 22 Jun dengan menggunakan penerbangan Jetstar 3K529.

Seramai 18 penumpang menaiki pesawat yang sama telah dikenalpasti dan dikuarantin di rumah manakala selebihnya masih dikesan.

Sementara kes ke-83 pula membabitkan lelaki berusia 25 tahun warga Yemen yang merupakan rakan kepada mangsa kes ke-63.

Dalam pada itu, seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun warga Malaysia yang tinggal di Cyprus merupakan kes ke-84.

Dia yang tiba di negara ini pada 20 Jun menggunakan pesawat Emirates Airlines EK346 kini menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM.

Saturday, June 20, 2009

Anjing Pintar

Dua orang perempuan sedang bercerita tentang anjing-anjing mereka.

Keduanya saling membesar-besarkan cerita mengenai kepintaran binatang peliharaan mereka.

Perempuan 1: "Anjing aku hebat betul. Tiap pagi, dia tunggu penjual akhbar
dan akanmembawa akhbar tersebut ke tempat aku sedang bersarapan.

" Perempuan 2: "Ya, aku tahu tu.

" Perempuan 1: (hairan) "Dari mana kau tahu?

" Perempuan 2: "Anjing aku yang cerita."

H1N1 catat tujuh kes lagi

KUALA LUMPUR 20 Jun - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesahkan setakat pukul 10 pagi ini terdapat tujuh kes baru influenza A (H1N1) termasuk satu kes melibatkan pelajar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan China Davidson, Jalan Pudu di sini.

Pelajar yang berumur 11 tahun itu dikatakan baru pulang bercuti dari Melbourne, Australia bersama neneknya dan disahkan mengidap H1N1 semalam.

Tiong Lai berkata, jumlah terbaru itu menjadikan jumlah keseluruhan kes tersebut meningkat kepada 42 kes setakat ini.

Katanya, perkara ini merupakan lonjakan besar dan pihak kementerian akan terus memantau mereka yang berhubung dengan pesakit-pesakit yang telah dijangkiti.

Menurutnya, pihak kementerian juga berkemungkinan akan melakukan imbasan kepada pelajar-pelajar sekolah bagi mengesan wabak tersebut.

"Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan dan Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran akan berbincang mengenai pelaksanaan tersebut," katanya. - Utusan

Thursday, June 18, 2009

Jack, Queen, dan King

Cikgu bertanya kepada murid-muridnya, "Siapa yang pandai membilang?

" Seman mengangkat tangan. "Betul ke kamu pandai membilang?

"Tahu Cikgu. Ayah yang ajar.""Baik, cuba kita lihat. Selepas tiga, berapa?"

"Empat." "Bagus. Selepas enam?

" "Tujuh." " Selepas sembilan?"

"Sepuluh...", jawab Seman.

"Bagus sekali. Rupanya ayah kamu benar-benar tahu bagaimana mengajar membilang. Selepas sepuluh berapa?" tanya Cikgu lagi.

Dengan senyum penuh keyakinan, Seman menjawab, "Jack, Queen, danKing. cikgu!!!!"

BIL TELEFON MELAMBUNG...???

Bil telefon sebuah keluarga naik melambung.
Suami telah memanggil semua ahli keluarga untuk berbincang;

Suami : Ini dah melampau. Gunakan telefon sesuka hati. Ayah takgunakan telefon rumah, ayah gunakan telefon tempat ayah bekerja.

Isteri : Saya pun sama juga, gunakan telefon tempat saya bekerja.

Anak : Oh sori..saya gunakan SMS sahaja. Untuk panggilan saya gunakan telefon tempat saya bekerja juga.

pembantu rumah : Jadi apa masalahnya? Semua orang gunakan telefon tempat bekerja. Sama juga dengan saya!!

Pernikahan dan Pengkebumian

Saya selalu merasa tidak selesa apabila datang ke majlisperkahwinan ahli keluarga.
Nak tahu sebabnya?

Biasanya, makcik-makcik saya dan para kerabat lainnya akan datang menghampiri saya sambil menepuk-nepuk bahu saya, "Kamu yang berikutnyakan?" kata mereka.

Menyampah betul, tidak berperikemanusiaan sama sekali!

Tapi kebiasaan mereka ini terhenti setelah saya melakukan hal yang sama pada mereka setiap
kali acara pengkebumian keluarga berlangsung.

Shampoo, Sabun dan Ubat Gigi Baba

Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajar kolej. Dia menanyakan pertanyaan tentang produkyang dipakai pelajar tersebut.

"Sabun mana yang anda gunakan selama ini?" Pelajar tersebut dengan selamba menjawab,
"Sabun Baba

"Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan?" "

Deodorant Baba," jawab pelajar itu.

"Minyak wangi?" "Minyak Wangi Baba.

"Shampoo?" "Shampoo Baba.

" Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi,

"Ok, apakah jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum pernah dengar? Siapa tahu Anda selama ini memakai produk yang tidak sihat.

" Pelajar itu menjawab, "Bukan jenama tempatan atau luar negara.

Baba itu rakan sebilik saya."

Sunday, June 14, 2009

Kes ke-12 influenza A(h1n1) dilaporkan di malaysia

KUALA LUMPUR 13 Jun – Satu lagi kes baru Influenza A(H1N1) positif disahkan hari ini, menjadikan kesemuanya 12 kes yang dilaporkan di negara ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican.

Beliau berkata, kes ke-12 itu membabitkan seorang penuntut perubatan lelaki berusia 19 tahun dari sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Malaysia yang telah bercuti ke Melbourne, Australia selama 17 hari bermula 24 Mei.

Penuntut itu pulang ke Malaysia bersama-sama tiga orang rakannya dengan Malaysia Airlines (MAS), MH148 yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 9.21 malam, Rabu lepas. Tempat duduk beliau ialah 36F manakala rakan-rakannya duduk di barisan yang sama, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Saturday, June 13, 2009

WHO: Selesema babi berlarutan 2 tahun

GENEVA 12 Jun - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran pandemik selesema babi akan berlarutan selama satu atau dua tahun.

Penolong Ketua Pengarah WHO, Keiji Fukuda semalam berkata, virus H1N1 itu akan merebak di seluruh dunia selama satu hingga dua tahun dan penduduk akan dijangkiti virus itu seperti yang biasa berlaku dalam kes pandemik.

"Kita perlu fleksibel dalam tindak balas kita terhadap virus ini," kata beliau.
Fukuda berkata demikian selepas WHO mengisytiharkan pandemik influenza pertama di dunia dalam tempoh 40 tahun bagi virus Influenza A (H1N1) yang telah menjangkiti puluhan ribu penduduk di 74 negara.

"Kami akan memantau pandemik ini dengan rapi dan kita akan melihat jenis aktiviti penyakit yang akan timbul," ujar beliau.

Sebelum itu, Ketua Pengarah WHO, Margaret Chan berkata, pengisytiharan pandemik 'sederhana' tidak harus mencetuskan panik dan tidak bermakna angka kematian akibat virus H1N1 yang kini berjumlah 144 orang, akan meningkat secara mendadak.

WHO tidak mengesyorkan penutupan sempadan atau sekatan ke atas pergerakan manusia, barangan dan perkhidmatan tetapi memberi amaran virus tersebut merebak melepasi benua Amerika di mana ia mula dikesan pada April lalu.

"Kami meningkatkan paras amaran pandemik ke fasa enam dan ini bermakna dunia memasuki peringkat awal pandemik influenza pertama pada abad ke-21," kata Chan selepas mesyuarat pakar-pakar sains semalam. - AFP

Saturday, June 6, 2009

"Nak kena jentik lagi"

Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu. Baginda mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara.

Kuda ni memang pandaigiler..... suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyayi lagu Hattan dia nyanyi ...itu pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya. Tapi kude ni hanya dengar arahan raja ni sorang je. Kerana berasa sangat ego, raja ini telah mengadakan satu pertandingan jika ada diantara rakyatnya yang dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya .

Apabila hari pertandingan bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang boleh membuatkan kude tu duduk. Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat demikian...makin egolah raja sorang ni.

Tiba-tiba muncul seorang budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa disangka-sangka kude tu terus tunduk. Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budaktersebut seraya bertanya, "Apa yang engkau buat sampai kude beta tu duduk wahai budak?" Maka dengan selambanya budak tu berkata,"Tadi patik jentik telur kude tu sampai dia terduduk.(Senak laagaknya kot...)

Lalu blah sambil mengira-ngira wang yg dimenanginya. Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi pertandingan. Bukannye apa... nak cover malu. "Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh menyuruh kudabeta menggelengkan kepalanya" katanya dalam hati sambil ketawa. Maka sampailah hari pertandingan tu...ramailah rakyat keluar nak melihat sapa yang boleh buat kude raja ni geleng kepala.

Sepertihari yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum adasiapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan kepalanya... raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba.Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang dia nakcuba lagi. Dengan selambanya raja berkata, "Cubalah kalau boleh".Budak kecik ni pun pegi kat kude tu lalu berbisik kat telinganya.Dengan tak semena-mena kude tu terus menggelengkan kepalanya, maka bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi.

Raja berasa pelik lalu bertanya! "Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kude beta pun gelengkan kepalanya?

"Dengan selambanya budak tu jawab, "Nak kena jentik lagi...??"

Saturday, May 30, 2009

"Nasihat"

Ada tiga nasihat dari datuk saya mengenai cara memilih calon isteri:

1. Jangan mencari isteri seorang peniaga, kerana bimbang kebiasaan peniaga akan terbawa-bawa sampai malam pengantin, nanti dia akan selalu cakap "Mahu yang macam ini tak mahu yang macam tu!"
2. Jangan mencari isteri seorang jururawat, kerana bimbang kebiasaan di hospital akan terbawa-bawa sampai malam pengantin,nanti dia akan banyak mengatur dan selalu cakap "Awas jangan banyak gerak, jangan turun dulu !" kalau tidak pun dia suka cakap "Next"
3. isteri yang bekerja sebagai polis pun jangan, sebab dia suka cakap"Stop"
4. Tapi carilah istri seorang cikgu tadika, kebiasaan di sekolahnya akan terbawa-bawa sampai malam pengantin, paling tidak dia akan cakap "Ulangi perkara ini lima kali"

Friday, May 15, 2009

CUEPACS SETUJU KAKITANGAN SOKONGAN NAIK PANGKAT

PUTRAJAYA: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Sektor Awam (Cuepacs) menyifatkan langkah kerajaan menimbang untuk menaikkan pangkat kakitangan sokongan dalam perkhidmatan Persekutuan sebagai suntikan semangat untuk penjawat awam meningkatkan produktiviti dan khidmat. Presidennya, Omar Osman, berkata pihaknya menerima baik kesediaan kerajaan itu kerana ia adalah perkara yang ditunggu-tunggu oleh lebih 100,000 kakitangan dalam kumpulan itu sejak tiga tahun lalu.

"Ia adalah motivasi kepada mereka dan Cuepacs berharap sebagai balasan, kakitangan berkenaan akan bekerja bersungguh-sungguh dan meningkatkan integriti," katanya.Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bahawa kira-kira 176,066 pegawai kumpulan sokongan bagi perkhidmatan persekutuan yang berkhidmat lebih 15 tahun akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat menerusi kaedah Khas Untuk Penyandang (KUP) berkuat kuasa 1 Julai ini.

Omar berkata, kerajaan bertindak adil terhadap kakitangan terbabit menerusi langkah itu kerana ada antara mereka yang sudah berkhidmat dalam gred sama antara 25 hingga 30 tahun tanpa dapat merasai nikmat kenaikan pangkat. "Cuepacs mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan kerajaan terhadap langkah itu," katanya.

200,000 KAKITANGAN AWAM NAIK GAJI

PUTRAJAYA: Lebih 200,000 kakitangan awam mendapat durian runtuh apabila kerajaan bersetuju memberi kenaikan pangkat Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi pegawai kumpulan sokongan yang berkhidmat lebih 15 tahun serta menggubal dua skim baru dan menaik taraf lapan skim perkhidmatan, mulai 1 Julai ini. Kenaikan pangkat secara KUP itu turut meliputi kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun Persekutuan dan Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan, manakala skim baru membabitkan Pegawai Penyediaan Makanan dan Pembantu Laut.

Lapan skim perkhidmatan yang akan dinaik taraf pula termasuk Operator Mesin Prosesan Data, Pembantu Tadbir Rendah dan Jaga.Mengumumkannya pada Perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam di sini semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata langkah itu sebagai penghargaan kerajaan terhadap sumbangan kakitangan awam selama ini. Beliau berkata, 176,066 pegawai kumpulan sokongan dalam perkhidmatan Persekutuan yang berkhidmat lebih 15 tahun akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat secara KUP, manakala 20,637 lagi penjawat awam terbabit dalam pelaksanaan dua skim baru dan lapan skim yang akan dinaik taraf. "Keputusan kerajaan ini akan membabitkan kos sebanyak RM170.4 juta," katanya pada majlis anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta menteri Kabinet dan Presiden Cuepacs, Omar Osman. Sementara itu, surat edaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam menjelaskan, kenaikan pangkat secara KUP itu turut diperluaskan kepada kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun Persekutuan dan Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan. "Bagaimanapun, keputusan ini tidak menjejaskan urusan kenaikan pangkat bagi mengisi kekosongan hakiki yang telah ditetapkan dalam skim perkhidmatan," katanya. Ismail berkata, kenaikan pangkat bagi kumpulan berkenaan juga mempunyai lima syarat lain termasuk memperoleh markah 80 peratus ke atas bagi Laporan Penilaian Prestasi Tahunan tiga tahun terkini serta lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).Bagaimanapun, kenaikan pangkat itu tidak membabitkan pegawai dalam Skim Lepasan Diploma yang mempunyai kaedah kenaikan pangkat lain.

Terdahulu, Perdana Menteri dalam ucapannya, mahu kakitangan awam menumpukan usaha meningkatkan produktiviti berasaskan inovasi dan ekonomi pengetahuan, sekali gus mampu menambah hasil negara. Beliau berkata peningkatan hasil negara juga membolehkan pendapatan pekerja ditingkatkan secara lonjakan berganda. "Saya bukanlah orang yang tidak prihatin terhadap pekerja. Rekod saya selama ini di Kementerian Pertahanan, tanyalah perajurit kita. Di Kementerian Pelajaran, tanyalah guru-guru apa yang saya telah buat, tak pernah dalam sejarah ada kenaikan pangkat berasaskan tempoh. “Sayalah orang pertama memperkenalkan 'time-based promotion'.

Bermakna kita sentiasa (memikirkan) bagaimana untuk mempertingkatkan (pendapatan) tetapi pokoknya, produktiviti dan hasil negara juga mesti ditingkatkan," katanya. Beliau berkata, kerajaan boleh menjadi popular jika menaikkan gaji kakitangan awam setiap tahun, tetapi langkah itu tidak boleh dilakukan.

"Bagaimanapun, jika hasil negara meningkat, kerajaan tentu tidak akan melupakan pekerja. Cuepacs minta (kenaikan gaji), pejam mata pun saya boleh luluskan, tak payah dia nak lambung (puji) saya katakan saya Perdana menteri yang segak dan ceria,” katanya berseloroh. Perdana Menteri juga berkata, penjawat awam dan anggota pentadbiran perlu bekerjasama secara dua hala dengan masing-masing saling menjaga kepentingan.
"Kita perlu melihat keseluruhan hala tuju negara dan perlu sama-sama faham. Kerajaan perlu faham denyutan nadi rakyat," katanya.

Sebab Allah haramkan babi

Sejak manusia pertama dijadikan sudah diperintahkan agar tidak memakan daging babi. Falsafahnya Allah SWT sukakan yang baik dan menyuruh manusia pilih yang baik. Oleh yang demikian Allah SWT melarang umat manusia daripada memakan perkara yang boleh mengundang mudarat kepada jiwa dan raga.
Setiap suatu yang ditegah daripada memakannya pasti ada sebab musababnya. Allah SWT tidak menjadi suatu itu haram, melainkan ada mudaratnya dan menjadikan sesuatu itu halal pasti ada manfaatnya.

Wabak yang sedang hebat menular dan berjangkit tanpa memberitahu kepada mangsa. Influenza A (H1N1) yang menjadi pembunuh senyap yang memulakan operasinya di Mexico kini sudah sampai ke negara jiran, Thailand.
Sebelum ini masyarakat Malaysia hanya menatap dan membaca serta mendengar mengenai virus ini di samping meluahkan rasa simpati kepada mangsa. Itu dua minggu lepas tetapi hari ini sudah berada tidak jauh dari rumah kita (Malaysia).
Seperti mana yang difahamkan oleh para saintis dan pakar-pakar perubatan bahawa virus ini merebak melalui udara, tidak semestinya di kampung kita ada babi baru boleh kena. Babi tak ada pun boleh kena, ini kerana udara yang membawanya.

Virus ini tersebar melalui titisan air pernafasan dan hubungan secara langsung atau tidak langsung. Persoalannya bagaimana manusia dijangkiti virus ini?

Jawapannya, manusia selalunya dijangkiti Influenza A (H1N1) melalui hubungan langsung dengan babi atau persekitaran yang dijangkiti virus ini.
Namun ada juga kes yang dicatatkan di mana manusia yang dijangkiti virus ini tidak mempunyai sejarah hubungan secara langsung dengan babi atau tiada kaitan dengan persekitarannya. Virus ini juga boleh berjangkit melalui manusia. Kalau begitu keadaannya, penyakit ini sudah ada vaksinnya? Jawapannya, setakat ini tiada vaksin yang boleh mencegah jangkitan virus ini.
Islam mempunyai penyelesaiannya, Allah SWT yang menjadikan manusia dan yang menjadikan selain manusia telah mengharamkan secara qatie (pasti) bahawa daging babi tidak boleh dimakan.

Firmannya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Baqarah: 173).
Ulasan Sayyid Qutub menarik minat saya untuk dikongsikan di sini, beliau menjelaskan: “Adapun persoalan mengenai memakan daging babi diperdebatkan oleh sekumpulan manusia... babi itu sendiri bersifat kotor dan menjijikkan jiwa yang menuntut kebersihan dan kesucian, sesungguhnya pada dagingnya, pada darahnya, dalam perutnya ada cacing-cacing yang sangat merbahaya.

Cacing yang sangat berbahaya

“Sedang manusia lupa bahawa ilmu mereka memerlukan tempoh yang cukup lama untuk mengesan satu kemudaratan daripadanya. Dalam masa yang sama siapa pula yang berani mendakwa tiada mudarat-mudarat lain yang membiak dan aktif dalam daging babi sedang belum diketahui oleh mereka yang bergelar pakar. Maka tidakkah mereka melihat bagaimana syariat Allah SWT mendahului kepakaran manusia sebelum puluhan kurun?” ( Sayyid Qutub, jld:1, hlm: 156).
Larangan ini juga termasuk menyentuh atau memegang binatang tersebut. Dunia perubatan pada hari ini telah membuktikan bahawa di dalam daging babi, darah dan usus-ususnya terdapat sejenis cacing yang sangat berbahaya (cacing pita dan telur-telurnya yang keras) yang boleh mendatangkan penyakit kepada manusia.

Inilah hikmah pengharaman ke atas binatang tersebut. Di sini telah terbukti betapa agungnya syariat Allah SWT yang mendahului ilmu pengetahuan manusia.
Dalam surah yang sama Allah SWT mengajak manusia keseluruhannya supaya makan makanan yang halal lagi baik, firman-Nya yang bermaksud: Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. (al-Baqarah: 168).
Seruan “Wahai manusia”, dalam ayat di atas memperlihatkan bahawa Allah SWT yang Maha Agung Pencipta segala sesuatu yang bersifat Rahman, menyeru agar siapa sahaja dia sama ada mukmin mahu pun kafir, Dialah Pencipta mereka dan Dialah yang menunjukkan kepada manusia yang mana harus dimakan dan yang mana tidak boleh dimakan.
Dan makanan yang dimakan itu mestilah sifatnya halal dan baik. Halal dari sudut hukum dan baik dari sudut zatnya.

Anehnya manusia suka mendekati yang haram yang jelas mendatangkan mudarat sedangkan yang halal cukup banyak. Ingatlah yang haram hanyalah sedikit dan yang halal itu tidak terhitung oleh manusia.

Penumpang MH091 13 Mei diminta hubungi Kementerian Kesihatan

KUALA LUMPUR 15 Mei — Berikutan pengesahan kes pertama influenza A(H1N1) di Malaysia, semua penumpang Penerbangan Malaysia MH091 dari New York, yang tiba di KLIA pada 7.15 pagi 13 Mei lepas, diminta menghubungi Kementerian Kesihatan kerana pesakit itu menaiki pesawat yang sama.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata penumpang boleh menghubungi kementerian menerusi talian 03-88810200 atau 03-88810300 untuk tindakan susulan.
Katanya kes pertama influenza A(H1N1) di Malaysia melibatkan pelajar lelaki berumur 21 tahun yang baru pulang dari Amerika Syarikat pada 13 Mei lepas dan mula mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan semalam dan dimasukkan ke Hospital Buloh pada petang hari yang sama.
“Beliau telahpun diberi rawatan antiviral dan berada dalam keadaan stabil,” kata Dr Ismail dalam satu kenyataan hari ini. - Bernama

Kes pertama selesema babi dikesan di Malaysia

PUTRAJAYA 15 Mei - Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan kes pertama selesema babi di negara ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, pesakit pertama di Malaysia merupakan seorang pelajar lelaki berumur 21 tahun yang baru pulang dari Amerika Syarikat (AS) pada 13 Mei lalu.
Beliau berkata, pesakit tersebut mengalami demam, sakit tekak, sakit badan pada semalam dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada hari yang sama.
Beliau telah diberi rawatan antiviral dan berada dalam keadaan stabil,'' katanya dalam kenyataan di laman web rasmi Kementerian Kesihatan. - Utusan

Wednesday, May 13, 2009

H1N1 tidak terus merebak

GENEVA 12 Mei - Virus influenza A (H1N1) tidak menunjukkan tanda-tanda merebak secara berterusan daripada manusia kepada manusia di luar benua Amerika Utara dan dengan itu belum mencapai tahap pandemik.
Pemangku Penolong Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Keiji Fukuda semalam berkata, masih terlalu awal untuk menyatakan sama ada virus selesema babi itu akan menyebabkan pandemik.
"Kita masih kekal pada fasa 5. Situasi masih mengelirukan," kata Fukuda yang merujuk kepada amaran berjaga-jaga tahap kedua tertinggi yang dikeluarkan oleh agensi itu.
WHO mengumumkan makmal-makmalnya telah mengesahkan 4,379 jangkitan virus baru itu.
Namun, kesan paling teruk masih dirasai di Amerika Utara dengan 60 kematian disahkan, manakala Amerika Syarikat (AS) sahaja mengalami 2,600 kes.

Monday, May 4, 2009

LAWAK JERRR










Babi dijangkiti virus H1N1 di Kanada

VANCOUVER 3 Mei - Pegawai kesihatan Kanada semalam mendapati berlaku jangkitan influenza A (H1N1) pada ternakan babi di wilayah Alberta, namun ia tidak menjadi ancaman kepada bekalan makanan.
Agensi Pemeriksaan Makanan Kanada dalam kenyataannya berkata, ternakan di wilayah barat Kanada itu mendapat jangkitan daripada seorang individu yang baru pulang dari Mexico, baru-baru ini.
Mexico adalah negara utama yang dilanda wabak selesema babi yang merebak ke 18 negara dan mungkin telah membunuh lebih 100 orang, hampir kesemuanya di negara itu.
Ia adalah kes pertama jangkitan selesema babi dari manusia kepada babi di Kanada.
Agensi itu berkata, ternakan yang dijangkiti telah dikuarantin untuk ujian lanjut, namun 'peluang kes jangkitan virus H1N1 daripada babi kepada manusia amat jarang berlaku.'
"Keselamatan bekalan makanan tidak terjejas dan ternakan babi di Kanada adalah selamat untuk dimakan," demikian menurut kenyataan itu.

Friday, May 1, 2009

Sejarah Hari Buruh

Pada tahun 1884, The Federation of Organized Trades and Labor Unions telah menyebarkan resolusi untuk menetapkan 8 jam sehari sebagai waktu kerja yang sah bermula dari 1 Mei 1886. Resolusi tersebut menyeru agar para pekerja melakukan demonstrasi umum untuk mencapai tujuan itu memandangkan kaedah mengikut saluran yang sah telah dianggap gagal. Pada ketika itu, pekerja dipaksa bekerja selama 10, 12 hingga 14 jam sehari. Sokongan kepada gerakan ini telah tumbuh dengan cepat. Pada April 1886, dianggarkan seramai 250,000 pekerja telah menyertainya. Gerakan ini berpusat di Chicago dan dianjurkan oleh golongan anarki dari International Working People's Association. Ahli perniagaan dan pemimpin negara pada ketika itu merasa bimbang dengan peningkatan pengaruh revolusi ini dan mereka telah membuat persediaan sewajarnya. Bilangan polis dan anggota keselamatan ditambah dan senjata baru dibekalkan, dibiayai oleh ketua-ketua perniagaan tempatan.
Antaranya, Kelab Komersial Chicago, yang telah membeli senjata bernilai US$2000 untuk Pengawal Keselamatan Illinois mengawal kemaraan demonstrasi. Walaubagaimanapun, pada 1hb Mei, gerakan ini telah berjaya memenangi hati kebanyakan para pekerja termasuklah pembuat pakaian, pembaiki kasut dan para buruh. Pada 3hb Mei 1886, untuk mengekang kemaraan, pihak polis telah melepaskan tembakan amaran kepada para pendemonstrasi di hadapan kilang McCormick Reaper Works, menyebabkan 4 orang terkorban dan banyak yang cedera. Keesokannya, golongan anarki telah menganjurkan perhimpunan besar-besaran untuk membantah tindakan pihak berkuasa tersebut di dataran Haymarket.
Perhimpunan ini berjalan lancar sehinggalah jurubicara terakhir berucap di pentas. Orang ramai mulai beredar dan hanya tinggal beberapa ratusan orang. Ketika inilah, 180 orang polis telah mengepung medan tersebut dan mengarahkan agar perhimpunan itu dibubarkan. Ketika pembicara terakhir turun dari pentas, sebiji bom dilemparkan ke arah polis, membunuh seorang dan mencederakan 70 orang yang lain. Polis bertindakbalas melepaskan tembakan ke khalayak ramai mengakibatkan seorang pekerja mati dan ramai yang cedera. Inilah secara ringkas sejarah perjuangan yang dimulakan oleh golongan anarki sosialis untuk menuntut hak dan keadilan golongan pekerja terhadap majikan. Perjuangan ini akhirnya diabadikan dengan sambutan HARI BURUH

CUEPACS SAMBUT BAIK

KUALA LUMPUR 29 April – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang mewakili 1.3 juta kakitangan kerajaan menyambut baik cadangan pembaharuan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sektor itu.Presidennya, Omar Osman berkata, pembaharuan itu akan memberi cabaran baru kepada kesemua kakitangan awam untuk terus menawarkan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan iaitu rakyat.
“Kita terima dengan terbuka segala pembaharuan yang mahu dilaksanakan.“Pembaharuan yang dicadangkan Perdana Menteri itu memberi motivasi baru kepada kita untuk terus memberi khidmat terbaik,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.Beliau mengulas cadangan Perdana Menteri semalam untuk melaksanakan pembaharuan perkhidmatan sektor itu termasuk membuka jawatan utamanya kepada bakat-bakat dari sektor swasta dan perkhidmatan lain termasuk syarikat milik kerajaan (GLC).Menurut Najib, cadangan mengenai sistem kemasukan pelbagai peringkat ke dalam perkhidmatan awam itu akan dapat memanfaatkan proses keterampilan bersilang antara bakat-bakat sektor awam dan swasta serta GLC.
Perdana Menteri turut mencadangkan dasar pintu terbuka dengan pegawai-pegawai perkhidmatan awam boleh dipinjamkan ke GLC dan sebaliknya untuk saling menimba ilmu.Omar berkata, cadangan kemasukan itu amat dialu-alukan bagi membolehkan perkhidmatan awam diperkukuhkan namun berharap sistem tersebut tidak akan menjejaskan peluang kenaikan pangkat kakitangan awam sedia ada.“Jika kemasukan pegawai daripada GLC umpamanya menyekat peluang kakitangan dalaman untuk naik, maka sesuatu perlu dilakukan.
“Kita juga perlu mengetahui mekanisme bagaimana yang akan dilaksanakan dalam pengambilan pegawai-pegawai luar itu,” katanya.

Evolusi virus pandemik selesema

Berdasarkan kajian sains, terdapat tiga jenis virus selesema iaitu jenis A, B dan C tetapi hanya virus selesema jenis A dan B yang menyebabkan wabak.
Selain manusia, virus selesema A juga menjangkiti babi, ayam dan kuda.
Bagaimanapun, hanya manusia boleh dijangkiti dengan virus selesema B dan C manakala virus selesema A dikelaskan mengikut subtip berdasarkan perbezaan antigen glikoprotein permukaan pada virus iaitu haemagglutinin (H) dan neuramidase (N).
Sehingga kini, sebanyak 16 subtip H (H1-H16) dan sembilan subtip N (N1-N9) telah pun dikenal pasti.
Menurut Timbalan Pengarah Institut Biosains UPM, Prof. Madya Dr Abdul Rahman Omar, secara teori, virus selesema A boleh dikelaskan kepada 144 subtip.
Katanya, ia terdiri daripada kombinasi berlainan H dan N yang berupaya untuk membentuk virus tertentu yang boleh menjangkiti pelbagai spesies unggas (avian) tetapi hanya jangkitan dari subtip
H5 dan H7 menyebabkan wabak highly pathogenic avian influenza (HPAI) seperti H5N1, H7N1 dan H7N7.
''Jangkitan virus selesema dalam babi yang kerap dijumpai adalah daripada virus selesema H1N1, H1N2 dan H3N2.
''Namun, virus selesema daripada subtip H1N7, H3N1, H4N6, H9N2, H5N2 dan H5N1 pernah ditemui di dalam babi yang diternak secara komersial," kata beliau.
Katanya, virus H1N1, H1N2 dan H3N2 yang ditemui pada babi di Eropah adalah berbeza dari segi genetik dan protein dengan virus yang dijumpai di Amerika Syarikat.
Berdasarkan maklumat yang sedia ada, virus selesema babi H1N1 yang ditemui di Mexico merupakan virus H1N1 yang unik yang belum pernah di temui sebelum ini.
Virus ini berupaya menyebabkan jangkitan berbahaya serta menyebabkan kematian dalam babi dan manusia yang dijangkiti.
Tidak seperti virus selesema burung H5N1 yang hanya boleh menjangkiti manusia menerusi haiwan terutamanya ayam yang dijangkiti dengan virus tersebut, jangkitan virus babi H1N1 ini berupaya merebak di antara manusia.
Ini membimbangkan ramai pihak kerana sekiranya virus ini berupaya merebak di antara manusia dengan efisien serta menyebabkan kematian pada kadar yang tinggi, ia boleh membawa kepada berlakunya pandemik yang dahsyat.
Namun, berdasarkan maklumat terkini dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) bertarikh 27 April 2009, jangkitan virus selesema babi H1N1 yang menyebabkan kematian dalam manusia hanya dilaporkan di Mexico yang mana lebih daripada 1500 kes jangkitan paru-paru telah pun dikesan dengan lebih daripada 80 kematian.
Namun, hanya 26 kes dikenal pasti akibat daripada virus selesema babi H1N1.
Ketika rencana ini ditulis, kesemua kes yang dilaporkan di Amerika Syarikat iaitu sebanyak 40 kes, empat kes di Kanada dan satu kes di Sepanyol menunjukkan jangkitan ringan dalam manusia.
Kebanyakan pesakit yang dijangkiti telah pun menunjukkan tanda-tanda akan sembuh daripada jangkitan tersebut.
Di dapati juga, tiada risiko jangkitan daripada memakan daging babi yang dimasak dengan betul dan juga produk babi.
Berdasarkan kepada laporan dan maklumat yang diterima, banyak maklumat penting berhubung dengan virus selesema babi H1N1 ini yang masih kurang jelas.
Contohnya, mengapa hanya jangkitan H1N1 dalam manusia di Mexico boleh menyebabkan kematian tetapi tidak di negara lain seperti di Amerika Syarikat dan Kanada.
Di antara faktor yang boleh dikaitkan adalah mungkin virus selesema babi H1N1 di Mexico adalah lebih patogenik kerana Mexico merupakan kawasan pertama (epicenter) berlakunya wabak virus H1N1 dalam babi dan manusia.
Virus ini kemudian mengalami proses mutasi yang menyebabkannya keupayaan menyebabkan jangkitan berkurangan.
Perkara ini boleh terjadi kerana kita tidak pasti tarikh sebenar jangkitan selesema babi H1N1 mula-mula berlaku di Mexico.
Selain daripada perbezaan pada tahap patogenik virus H1N1, salah satu faktor yang mungkin menyumbang kepada kes kematian yang tinggi di Mexico adalah berpunca daripada jangkitan virus H1N1 ini menyebabkan penindasan pada sistem imun perumah yang dijangkiti. Ini diikuti dengan komplikasi jangkitan patogen lain seperti bakteria dan virus bukan selesema.
Namun, keupayaan virus selesema babi menyebabkan kematian dalam babi dan manusia dengan menyebabkan pengaktifan melampau sistem imun tidak boleh dinafikan. Ini memandangkan virus ini berupaya merebak dengan cepat dan membunuh manusia, dan kemungkinan menyebabkan pandemik.
Namun semua teori ini perlu dibuktikan melalui kajian terperinci jangkitan virus H1N1 dalam model haiwan eksperimen yang sesuai.
Adalah penting manusia yang terkena jangkiti virus H1N1 mendapat rawatan yang segera bagi memastikan jangkitannya tidak berpanjangan di samping sentiasa memastikan tahap kesihatan badan yang baik.
Terdapat vaksin selesema dari jenis virus selesema H1N1 yang boleh digunakan dalam babi.
Namun kajian yang lebih lanjut perlu dijalankan sebelum vaksin tersebut dapat digunakan pada babi bagi memastikan ia benar-benar dapat menghalang jangkitan virus tersebut dengan berkesan.
Mengenai penggunaan vaksin pada manusia, tiada vaksin yang berupaya menghalang jangkitan selesema babi H1N1.
Perkembangan dalam status jangkitan pada babi dan manusia pada masa yang terdekat ini adalah penting dalam menentukan sama ada virus H1N1 berupaya menyebabkan pandemik selesema dalam manusia yang merbahaya.
Langkah kawalan dan pemantauan perlu terus dilaksanakan oleh semua agensi yang relevan bagi memastikan manusia dan babi bebas daripada virus selesema H1N1. Kehadiran serentak virus H1N1 dari jenis manusia dan babi dalam perumah yang mudah terdedah boleh mencetuskan virus H1N1 baru yang lebih berbahaya dari virus H1N1 yang sedang menular di Mexico.

Wabak makin serius

GENEVA 30 April – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam meningkatkan langkah berjaga-jaga terhadap wabak selesema kepada fasa lima atau kurang setingkat di bawah tahap maksimum.
Peningkatan itu menandakan dunia di ambang wabak besar-besaran atau pandemik berikutan wabak selesema babi yang telah meletus di Mexico dan merebak ke seluruh dunia.
“Saya mengambil keputusan untuk meningkatkan langkah berjaga-jaga terhadap pandemik influenza daripada fasa empat kepada fasa lima,’’ umum Ketua Pengarah WHO, Margaret Chan semalam.
“Langkah ini menjadi isyarat kepada kerajaan, kementerian kesihatan dan industri farmasi di seluruh dunia bahawa tindakan tertentu kini perlu diambil dengan kadar lebih segera,” katanya.
Beliau membuat pengumuman tersebut selepas mesyuarat tergempar pakar pandemik agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu.
Chan berkata, semua negara kini perlu segera mengaktifkan pelan persiapan menghadapi pandemik.
Beliau menegaskan ancaman yang timbul berikutan wabak selesema babi yang tertumpu di Mexico dan Amerika Syarikat (AS) ‘mesti dipandang serius’ kerana seluruh umat manusia terancam jika berlaku pandemik.
Fasa lima, iaitu kurang selangkah sebelum fasa enam yang menandakan pandemik, digambarkan sebagai ‘isyarat tegas bahawa pandemik boleh berlaku tidak lama lagi dan tempoh untuk menyiapkan langkah-langkah pengawalan yang dirancangkan adalah singkat’, menurut WHO.
Chan menjelaskan, pakar memutuskan untuk meningkatkan langkah berjaga-jaga itu kerana kes jangkitan ‘berterusan’ daripada manusia kepada manusia bukan sahaja berlaku di Mexico tetapi juga di AS.
“Apabila kita mendapati dua negara yang terletak di satu kawasan WHO menunjukkan penyebaran sedemikian, kita melangkah kepada fasa lima,” kata beliau.
Sungguhpun boleh difahami bahawa penduduk kini berasa bimbang, isu kesihatan itu perlu ditangani dengan tenang.
“Adalah penting kita tidak bertindak secara keterlaluan, sebaliknya kita perlu mengambil sikap bertenang supaya kita boleh terus mengurus wabak ini secara rasional,” katanya.
Beliau juga menegaskan, WHO tidak mengesyorkan penutupan sempadan atau mengehadkan pergerakan manusia atau barangan.
Disebabkan persiapan yang dilakukan berikutan wabak selesema burung, negara-negara juga dalam keadaan lebih bersiap sedia untuk menangani pandemik.
“Langkah-langkah persiapan yang diambil disebabkan influenza H5N1 merupakan pelaburan dan kita sekarang memanfaatkan pelaburan ini,” kata Chan.
Di bawah peraturan WHO, fasa enam atau pandemik akan dicapai jika atau bila virus selesema babi didapati merebak secara berterusan antara manusia di pekan-pekan atau dalam komuniti lebih luas di sekurang-kurangnya sebuah benua lain selain benua Amerika. – AFP

Ancaman virus selesema babi

Selepas dikejutkan dengan Japanese Encephalitis (JE) dan virus Nipah yang disebarkan daripada babi, demam Coxsackie, Sistem Pernafasan Akut Teruk (SARS), kini selesema babi menjadi ancaman terbaru penduduk negara ini.
Kemunculan virus selesema babi H1N1 di dalam babi dan juga manusia di Mexico baru-baru ini yang berupaya menyebabkan jangkitan yang membawa maut menunjukkan sejarah mungkin berulang kerana pandemik virus selesema Sepanyol 1918 (1918 Spanish flu virus) juga disebabkan oleh virus selesema H1N1.
Tetapi yang uniknya, virus selesema babi H1N1 Mexico muncul dari campuran virus selesema yang asalnya daripada unggas, babi dan juga manusia.
Berdasarkan laporan terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang beribu pejabat di Geneva dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Amerika, virus selesema babi H1N1 yang ditemui di Mexico baru-baru ini dan di beberapa negeri di Amerika Syarikat, Kanada dan Sepanyol merupakan virus selesema babi H1N1 yang baru, yang belum pernah ditemui sebelum ini.
Virus babi H1N1 ini mempunyai profil genetik (campuran gen) yang unik yang belum pernah ditemui dalam mana-mana haiwan atau manusia sebelum ini.
Ini dinyatakan oleh Timbalan Pengarah Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr. Abdul Rahman Omar. Menurut beliau, pada lazimnya, virus selesema babi H1N1 yang ditemui sebelum ini hanya mampu menyebabkan jangkitan yang ringan hingga sederhana pada salur pernafasan dan/atau paru-paru babi yang dijangkiti.
''Bagaimanapun virus tersebut (H1N1) berupaya menyebabkan kadar jangkitan tinggi yang boleh mencecah 100 peratus, meskipun kadar kematiannya adalah rendah," katanya.
Beliau berkata, manusia terutamanya pekerja di ladang babi yang dijangkiti dengan virus H1N1 boleh dijangkiti dengan virus ini, namun jangkitannya tidak berbahaya sekiranya tiada komplikasi.
Tanda klinikal yang kerap berlaku ekoran jangkitan virus selesema babi H1N1 pada manusia adalah demam, selesema, sakit tekak dan batuk selama beberapa hari.
Oleh kerana keupayaan tinggi virus selesema melakukan proses mutasi dan campuran genetik, langkah berjaga-jaga perlu diambil supaya ternakan seperti babi, ayam, itik dan spesies burung lain tidak dipelihara bersama.
Ini kerana ia boleh membawa kepada pembentukan virus selesema bersifat pandemik kepada manusia dan virus highly pathogenic avian influenza (HPAI) yang boleh menjangkiti ayam dan juga manusia.
Di samping itu, babi merupakan perumah unik yang boleh berfungsi sebagai mixing vessel bagi kemunculan virus selesema yang berupaya menyebabkan pandemik selesema manusia.
''Ini adalah kerana saluran pernafasan babi mempunyai reseptor bagi menyokong proses replikasi virus selesema dari babi, burung dan juga manusia," kata Dr Abdul Rahman.
Katanya, epidemik selesema dikenal pasti apabila berlakunya peningkatan kematian akibat daripada penyakit selesema dan juga kes radang paru-paru (pneumonia) secara mendadak.
Virus selesema pandemik manusia muncul apabila gen virus selesema haiwan sama ada daripada burung atau babi, yang sebelum ini tidak dijumpai pada manusia secara umum, bercantum dengan virus selesema manusia dalam cantuman genetik yang membolehkan virus campuran berupaya merebak dengan efisien dari manusia ke manusia.
Berdasarkan sejarah, virus selesema yang merebak ke seluruh dunia (pandemik) dan menyebabkan kematian yang tinggi berlaku sebanyak tiga kali (sekali setiap abad) sejak 1700 lagi.
Kata Dr. Abdul Rahman, dalam abad kedua puluh ini, sebanyak tiga virus selesema pandemik telah muncul dan menyebabkan pandemik besar iaitu virus selesema Sepanyol 1918 (1918 Spanish flu virus) yang disebabkan oleh virus H1N1, virus selesema Asia 1957 yang disebabkan oleh virus H2N2 dan virus selesema Hong Kong 1968 yang disebabkan oleh virus H3N2.
Pandemik selesema yang disebabkan oleh virus selesema Sepanyol yang berlaku pada tahun 1918 menyebabkan 50 juta manusia di seluruh dunia mati.
''Manakala, wabak pandemik kemudian yang dikesan pada 1957 jenis H2N2 dan pada 1968 jenis H3N2 telah membunuh lebih daripada satu juta manusia," kata beliau.
Strain (jenis) virus yang menyebabkan pandemik selesema pada tahun 1957 dan 1968 merupakan virus yang mula-mula muncul di Asia melalui proses campuran (reassorted) gen-gen di antara virus unggas (avian), babi dan virus selesema manusia.
Virus selesema yang menyebabkan pandemik selesema Sepanyol pada tahun 1918 muncul menerusi proses campuran virus selesema manusia H1N1 dan babi H1N1 serta kehadiran proses mutasi yang kerap ditemui dalam virus selesema burung.
Menurut beliau lagi, pencirian awal ke atas genom lengkap virus tersebut menunjukkan kemungkinan virus babi H1N1 strain baru ini mempunyai campuran genetik dari virus selesema yang berasal daripada unggas, babi dan juga manusia.
Jujukan nukleotida mengesahkan gen neuramidase (NA) dan matrik (M) virus selesema babi H1N1 ini berasal daripada virus selesema Eurasian manakala jujukan hemagglutinin (HA) berasal daripada virus babi Amerika Utara.
Dengan penemuan yang lebih banyak mengenai virus babi H1N1, penjujukkan genom virus tersebut serta kajian ke atas tahap jangkitan dan sebaran virus selesema tersebut di dalam babi dan manusia, lebih banyak maklumat akan diketahui berhubung dengan virus babi H1N1 yang sedang menular di beberapa negara di dunia.
WHO mengesahkan bahawa dadah anti-virus lama seperti amantadine dan rimantadine tidak berkesan untuk membunuh virus babi H1N1 tetapi ia berkesan terhadap dadah anti-viral baru seperti oseltamivir dan zanamivir.
Dijangkakan juga vaksin bermusim selesema yang ada sekarang tidak berupaya memberi pelindungan terhadap virus selesema babi H1N1. Ini adalah kerana virus selesema babi H1N1 yang ditemui ini mempunyai ciri-ciri genetik dan antigenik yang berlainan dengan vaksin selesema yang sedia ada.
Virus selesema babi H1N1 ini telah diasingkan dari pesakit di Mexico, Kanada, Sepanyol dan beberapa negeri di Amerika Syarikat.
Beberapa negara lain seperti New Zealand, Perancis dan Israel telah mengesyaki kehadiran virus ini.
Dijangkakan juga lebih banyak negara akan mengesahkan kehadiran virus selesema H1N1 kerana virus ini berupaya merebak dari manusia ke manusia.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyifatkan wabak selesema babi H1N1 yang sedang merebak ini boleh membawa kepada berlakunya ancaman kesihatan awam yang membimbangkan masyarakat antarabangsa.
Virus selesema babi H1N1 yang pertama diasingkan (dipencilkan) dari babi pada tahun 1930.
Sejak dari itu lebih daripada 100 virus selesema babi H1N1 telah dikenal pasti. Walaupun terdapat perbezaan genetik terhadap virus H1N1 tersebut, ia tidak menyebabkan jangkitan berbahaya yang boleh membunuh babi dan juga manusia seperti apa yang sedang berlaku di Mexico.
Di Malaysia, kehadiran virus H1N1 ini pernah dikesan secara tidak langsung menerusi kehadiran antibodi spesifik terhadap virus tersebut.
Kehadiran virus H1N1 tersebut dikesan menerusi suatu kajian pemantauan yang dijalankan menerusi projek kerjasama antara UPM dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) pada tahun 2005-2007.
Kajian tersebut mengambil lebih daripada 700 sampel sera dan cecair kerongkong telah di ambil daripada babi yang diternak secara komersial di Semenanjung Malaysia.
Menurut Dr. Abdul Rahman, hasil kajian menunjukkan sebanyak 12 peratus daripada babi tersebut didapati positif bagi antibodi terhadap virus H1N1.
Namun, ujian pengasingan virus dari sampel cecair kerongkong gagal mengenal pasti kehadiran virus babi H1N1.