Suatu malam, seorang pemuda datang ke sebuah restoran dan membeli beberapa ketul ayam
goreng. Ia membawa ayam gorengnya ke taman, untuk dinikmati bersama kekasihnya di bawah sinar rembulan yang romantis.
Ketika membuka bungkusan ayam goreng itu, pemuda itu terkejut Bukan ayam yang didapatinya, melainkan wang hasil penjualan restoran itu sebanyak RM1000. Pemuda itu kemudian mengembalikan wang itu dan meminta ayam goreng sebagai gantinya. Pemilik restoran, merasa kagum atas kejujuran si pemuda, menanyakan namanya dan mengatakan hendak menelefon wartawan Metro dan TV3 agar membuat cerita tentang si pemuda.
Ia akan menjadi pahlawan, sebuah contoh nilai kejujuran dan moral yang akan menjadi contoh kepada yang lain! Namun pemuda yang sedang lapar itu menolaknya. "Kekasihku sedang menunggu. Aku hanya inginkan ayam gorengku.
" Pemilik restoran menjadi semakin kagum atas sikap si pemuda yang begitu rendah hati. Ia terus memohon agar diizinkan menceritakan kejadian itu kepada wartawan. Pada saat itulah si pemuda jujur menjadi marah dan meminta ayam gorengnya. "Aku tidak mengerti" kata pemilik restoran.
"Anda adalah satu-satunya pemuda jujur di tengah dunia yang tidak jujur!
Ini merupakan suatu kesempatan yang baik untuk mengatakan kepada dunia bahawa masih ada orang-orang jujur yang mau bertindak benar.
Saya mohon, beritahukan nama anda dan juga nama wanita itu. Apakah ia isterimu?"
"Itulah masalahnya," kata si pemuda. "Isteriku ada di rumah dan wanita di dalam kereta itu adalah kekasihku. Sekarang berikan ayamku agar aku dapat pergi dari sini."
(Laaaaa tak jujur jugak rupanya, hampeh)
Sunday, April 19, 2009
Saturday, April 18, 2009
Free Dental Check Up @ Giant Kolombong
bersempena dgn kempen kesihatan mulut yg di sambut pada setiap april..COLGATE-PALMOLIVE (M) Sdn Bhd dgn kerjasama pejabat pergigian kawasan kota kinabalu telah mengadakan pemeriksaan gigi percuma pada 4&5 april yg lalu bertempat di pasaraya giant kolombong..sementara pada 11&12 april pula @ giant 1 Borneo..syabas n tahniah kepada semua staff yg terlibat..semoga kempen ini dapat menambahkan lagi kesedaran orang ramai terhadap kesihatan mulut sendiri.. gambar atas tu semuanya masa kitaorang di kolombong..oleh kerana tukang ambil gambar tidak terlibat @1Borneo..maka mintak mahap la ya..secara otomatik jugak lah muka korang tiada dlm catatan ini..kepada semua rakyat malaysia..rajin2 la gosok gigi ok..Renung2kan dan selamat mengosok gigi!!
Kenapa rawatan di klinik gigi swasta mahal?
Tentu anda semua selalu tertanya-tanya kenapa caj rawatan di klinik-klinik gigi swasta terlalu mahal sedangkan di klinik kerajaan begitu murah sekali. Dan juga kenapa klinik-klinik ini mempunyai caj rawatan yang berbeza-beza bergantung kepada di mana klinik tersebut berada. Sebenarnya, caj rawatan yang dikenakan biasanya setimpal dengan rawatan yang diberi.
Kebiasaannya dalam menentukan hal caj rawatan, doktor gigi perlu mengambil kira;
1. Kos utk bahan yang digunakan- kos ini termasuklah pada kos bahan rawatan, kos bahan disposable ( bahan yang diguna sekali sahaja seperti gloves, mask, penyedut air liur, cawan, bib yang diletak di dada pesakit, jarum suntikan dan sebagainya), kos bahan yang digunakan untuk memastikan semua barang bebas dari kuman ( autoclave untuk memasak barang-barang yang digunakan semasa merawat) dan juga cecair membunuh kuman.- kita tidak mahu menggunakan bahan yang sama sepanjang hari. Bayangkanlah jika gloves yang ditangan doktor tu telah diletakkan di dalam mulut orang lain..sudah tentulah kita geli. Barang-barang besi yang digunakan biasanya di masak di dalam autoclave untuk membunuh kuman.
2. Kos sewa klinik- harga sewa klinik memang agak mahal. Sebab itulah harga rawatan di klinik gigi di kampung-kampung agak murah berbanding di bandar. Harga rawatan di Bangsar, Damansara, KL agak mahal berbanding di cheras, kajang, bangi, muar dan sebagainya.
3. Kos untuk memastikan alatan yang digunakan sentiasa di servis dan berkeadaan baik- kerusi rawatan, handpiece yang digunakan semasa proses menampal gigi, mesin cucian gigi semuanya hendaklah diservis dan kadangkala di ganti jika ada bahagian yang rosak. Peralatan-peralatan ini sangatlah mahal harganya.
4. Kemahiran seseorang doktor- Doktor yang banyak pengalaman dan mempunyai banyak kemahiran biasanya meletakkan caj yang agak tinggi, setimpal dengan rawatan yang diberi. Biasanya pesakit akan berpuas hati dengan rawatan yang diberi dan tidak merungut jika mahal.
5. Jenis rawatan- rawatan yang memerlukan kepakaran doktor gigi biasanya di caj lebih berbanding dengan rawatan biasa seperti membuat sarung gigi ( crown), pemakaian braces, membuat rawatan saraf ( RCT ), pencabutan yang memerlukan pembedahan can sebagainya.- jenis rawatan yang memakan masa yang lama seperti pencucian karang gigi yang banyak, RCT, crown, bridge juga agak mahal kerana masa yang digunakan kadangkala mencecah sejam atau lebih dan ini menyebabkan 2 atau tiga pesakit tidak dapat berjumpa doktor gigi.
Kerajaan memang banyak menghulurkan bantuan di klinik-klinik gigi kerajaan kerana caj rawatan terlalu dan teramat murah. Kadangkala saya berasa harganya tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan tetapi bekerja di kerajaan memanglah untuk berbakti kepada masyarakat. Bayangkanlah harga cucian gigi hanyalah RM 2 di klinik kerajaan..tetapi masa yang di ambil untuk mencuci gigi yang banyak karang gigi memakan masa sejam lebih. Kadangkala sebab itulah doktor-doktor di klinik kerajaan menyuruh mereka membuat temujanji atau pergi buat rawatan di klinik swasta kerana masa yang di ambil agak lama dan terlalu ramai pesakit yang menunggu masa utk dirawat.
Di negara-negara lain, kos rawatan pergigian memang lagi mahal sehinggakan ada di antara penduduk negara tersebut yang tidak mampu membuat sebarang rawatan. Tiada bantuan kerajaan yang ada di negara-negara tersebut seperti negara kita. Jadi memanglah penduduk malaysia amat bertuah dibandingkan negara-negara lain.
Sayangilah gigi anda dan jagalah ia dengan baik. Kerana kos untuk merawat lagi mahal dari kos untuk mencegah..:)

"Ibu Fatimah yang hebat"
Di sebuah mahkamah, satu kes sedang di dengar dengan menghadirkan seorang saksi utama seorang ibu tua. Peguamcara mendapat giliran pertama untuk bertanya beberapa soalan kepada saksi.
Peguamcara : Ibu Fatima, Ibu kenal siapa saya?
Ibu Fatima : Ya, saya tahu benar siapa kamu, malah sejak kecil. Kamu suka berbohong dan mengata di bekalang kawan-kawan kamu. Aku juga tahu kamu ada menyimpan perempuan simpanan di luar.. dan aku merasa amat kasihan dengan isterimu. Selain itu kamu suka bercakap besar, yang sama sekali tidak berasas dan benar...
Peguamcara tersebut terpegun.lain yang di tanya ..lain pula jawapan yang diterima..
Untuk mengatasi keterkejutannya, ia bertanya dengan selambanya,..
Peguamcara : Ibu Fatima pasti juga mengenali Tuan Hadi..,si peguambela
Ibu Fatima : Oh ya, tentu saja... Bahkan ibunya dulu sering meninggalkannya bersamaku waktu ia masih kecil. Tak jauh beza dengan kamu, Hadi juga mengecewakan... Ia pemalas, suka menggoda perempuan dan hidupnya seolah-olah tanpa tujuan..
Habis sahaja Ibu Fatima berbicara, hakim memanggil peguamcara dan peguambela untuk menghampirinya..."Jika kamu berdua menanyakan kepadanya.. adakah ia kenal denganku.., kamu berdua akan aku masukkan ke dalam penjara kerana menghina pengadilan..," kata hakim.

Friday, April 3, 2009
Beringgis Beach Resort

Berikut ialah serba sedikit gambaran sekitar resort tempat kami semua berbengkelkursus..kalau mahu lihat dgn lebih dekat lagi..rajin2 la datang ke KK dan ronda2 la ke papar..fikir2 kan lah resort ini sebagai salah satu dari tempat anda sekeluarga bercuti dan bersantai..Renung2 kan dan selamat bercutiiii....
Wednesday, April 1, 2009
Bengkel Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) dan Inovasi
bermula hari ini sehingga 3 april..bertempat di Beringgis Beach Resort,Papar..bahagian kesihatan pergigian..jabatan kesihatan negeri sabah akan memulakan bengkel kmk n inovasi..ini melibatkan 9 PTJ dan seramai 49 org peserta..antara objektif bengkel ini adalah untuk memperkukuhkan serta mempertingkatkan kerjasama antara program kesihatan pergigian sabah dgn program2 lain di JKNS..objektif khusus pula antaranya
1. meningkatkan kerjasama dlm perlaksanaan aktiviti KMK N Inovasi.
2. memperkukuhkan kefahaman penyediaan,penyelesaian dan persembahan projek KMK dan penyediaan kertas kerja projek inovasi
3. mempertingkatkan kemahiran dan kebolehan dlm menyelesaikan
masalah melalui perkongsian pengalaman serta"creativity and innovations"
kepada semua peserta bengkel..selamat berkursus..

Friday, February 13, 2009
Cerita Paling Sedih
Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas mereka ini telah kembali dari bertugas untuk pulang ke rumah. Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi....
si A : Macamana ni...rumah kita lak atas sekali?
si B : Aduhhhh...bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke..?
si C : Aku rasa baik kita panjat tangga aje...kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik.
si A : Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita,tapi kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau kita buat cerita lawak...kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa...biar kita serius dengar cerita.
Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. si A mula bercerita....
si A : Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku...aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku....bla bla bla bla bla.....Punya la sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh leleh...sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata...kemudian Mereka kembali memanjat sambil si B pula bercerita....
si B : Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu bapaku meninggal dalan kemalangan jalanraya...aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4 orang...bla bla bla bla......Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih....punyalah lama cerita si B dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat aje lagi... sambil melangkah memanjat tangga yang ketingkat 56, si C mula menyampuk.
si C : Alaaaaaa...korang punya cerita tak sedih lagi...cerita aku lagi sedihhhh punya.
si A : kau ada sejarah hidup sedih juga ke...?
si C : emmmm...mungkin hari ini dalam sejarah...
si B : cerita aje le...kita dah tinggal 4 tingkat je lagi.
si C : aku sedih kerana...KUNCI RUMAH KITA AKU TERTINGGAL DALAM KERETA KAT BAWAH SANA....UWAAAAAA

KEBETULAN!!!
Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.”“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!”“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,“Apakah yang merunsingkan awak?”Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.”
Tuesday, February 10, 2009
VISI n MISI PERKHIDMATAN PERGIGIAN MALAYSIA
MISI PERKHIDMATAN PERGIGIAN MALAYSIA
Untuk memberi perkhidmatan pergigian kepada semua penduduk supaya mencapai dan mempertahankan tahap kesihatan mulut yang optima di kalangan individu,keluarga dan masyarakat melalui usaha-usaha menggalak tabiat kesihatan yang positif dan memastikan perkhidmatan yang berkualiti dan berteknologi sesuai.
VISI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Malaysia akan ujud sebagai sebuah Negara yang terdiri daripada individu, keluarga dan masyarakat yang sihat melalui system kesihatan yang adil dan saksama, mampu diperolehi, efisien, berteknologi sesuai, berupaya berubah mengikut persekitaran serta serasi pelanggan dengan mengutamakan kualiti, inovasi,peningkatan taraf kesihatan serta menghormati martabat insane disamping menggalakkan tanggungjawab individu dan penyertaan masyarakat kea rah peningkatan kualiti hidup.
VISI BAHAGIAN PERKHIDMATAN PERGIGIAN NEGERI SABAH KE ARAH 2020
Untuk meninggikan dan mengekalkan suatu taraf kesihatan mulut sesuai dengan kehidupan yang berkualiti dan produktif dengan mengujudkan satu sistem perkhidmatan pergigian yang adil dan saksama, mampu diperolehi, efisien, berteknologi sesuai dan yang senang diperolehi oleh semua masyarakat di Negeri Sabah.
OBJEKTIF KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Untuk membantu seseorang individu mencapai dan mengekalkan suatu taraf kesihatan bagi membolehkannya menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif dan dengan memberi tumpuan kepada golongan-golongan yang kurang bernasib baik.
Menyediakan perkhidmatan kesihatan asas untuk rakyat bagi mewujudkan kehidupan yang sihat dan bersih.
OBJEKTIF BAHAGIAN PERKHIDMATAN KESIHATAN PERGIGIAN MALAYSIA
Untuk meningkatkan taraf kesihatan pergigian rakyat Malaysia melalui perkhidmatan pergigian penggalakkan, pencegahan, rawatan dan pemulihan serta memberi perhatian khas kepada kumpulan kurang bernasib baik supaya seseorang individu itu dapat mencapai dan mengekal suatu taraf kesihatan bagi membolehkannya hidup sihat serta menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif.
OBJEKTIF BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN NEGERI SABAHUntuk meninggikan taraf kesihatan pergigian rakyat negeri Sabah melalui perkhidmatan rawatan, penggalakan, pencegahan dan pemulihan yang berkesan.
OBJEKTIF WAWASAN 2012, BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN, JABATAN KESIHATAN NEGERI
SABAH.
Supaya status kesihatan mulut penduduk Sabah setaraf dengan kesihatan mulut di kalangan murid-murid sekolah di Semenanjung Malaysia menjelang tahun 2012.
OBJEKTIF KHUSUS
Supaya semua kanak-kanak berumur 6 tahun mempunyai gigi kekal bebas karies menjelang tahun 2012. mulut bebas karies ( df=0 ) dan ( DMFX=0 ).
Supaya keadaan DMF dikalangan kanak-kanak berumur 12 tahun tidak lebih daripada satu, menjelang tahun 2012.
Mengelakkan kehilangan gigi ( akibat karies ) dikalangan belajar berusia 16 tahun menjelang tahun 2012.
Petunjuk :
df=decayed filled
DMX = decayed, missing, extraction
DMF = decayed, missing, filled
STRATEGI WAWASAN 2012, BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN, SABAH JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH
1. Meningkatkan aktiviti pencegahan
2. Memberi tumpuan kepada golongan kanak-kanak pra-sekolah dan sekolah rendah serta
ibubapa.
3. Meningkatkan promosi kesihatan mulut.
4. Mengujudkan tenaga kerja yang professional.
5. Sentiasa bekerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan.
6. Meningkatkan perkembangan tenaga kerja terutamanya dikalangan Pegawai Pergigian.
7. Menambahkan bilangan kemudahan pergigian.

Henti sambut Hari Valentine!!
Tarikh 14 Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing.
Maka pada 14 Februari, pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah.
Pasangan-pasangan ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adegan-adegan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.
Saban tahun juga para ulama mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ia seperti menuang air ke daun keladi. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram. Ia adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom kuno dan juga Kristian.

Sejarah Sambutan Hari Valentine
Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine, maka kita akan dapati bahawa terdapat empat pendapat berkaitan dengannya.
- Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.
Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.
Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.
Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka.
- Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.
Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II.
Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.
Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.
Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).
Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.
Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin.
Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.
- Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.
- Pendapat keempat. Sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.
Di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.

Hukum sambut Valentine
Sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah serta disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.
Ini sebagaimana yang firman Allah SWT: Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (al-Hajj: 67)
Anas bin Malik r.a berkata: Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri”. (riwayat al-Nasaai, no: 959).
Oleh itu hendaklah umat Islam membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu tiga kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Maulid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Quran dan lain-lain.
Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam. Malah ia berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masihi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabda baginda: ”Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512).
Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.
Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredai Allah SWT.
Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar). (al-Baqarah: 120)

Subscribe to:
Posts (Atom)