Tentu anda semua selalu tertanya-tanya kenapa caj rawatan di klinik-klinik gigi swasta terlalu mahal sedangkan di klinik kerajaan begitu murah sekali. Dan juga kenapa klinik-klinik ini mempunyai caj rawatan yang berbeza-beza bergantung kepada di mana klinik tersebut berada. Sebenarnya, caj rawatan yang dikenakan biasanya setimpal dengan rawatan yang diberi.
Kebiasaannya dalam menentukan hal caj rawatan, doktor gigi perlu mengambil kira;
1. Kos utk bahan yang digunakan- kos ini termasuklah pada kos bahan rawatan, kos bahan disposable ( bahan yang diguna sekali sahaja seperti gloves, mask, penyedut air liur, cawan, bib yang diletak di dada pesakit, jarum suntikan dan sebagainya), kos bahan yang digunakan untuk memastikan semua barang bebas dari kuman ( autoclave untuk memasak barang-barang yang digunakan semasa merawat) dan juga cecair membunuh kuman.- kita tidak mahu menggunakan bahan yang sama sepanjang hari. Bayangkanlah jika gloves yang ditangan doktor tu telah diletakkan di dalam mulut orang lain..sudah tentulah kita geli. Barang-barang besi yang digunakan biasanya di masak di dalam autoclave untuk membunuh kuman.
2. Kos sewa klinik- harga sewa klinik memang agak mahal. Sebab itulah harga rawatan di klinik gigi di kampung-kampung agak murah berbanding di bandar. Harga rawatan di Bangsar, Damansara, KL agak mahal berbanding di cheras, kajang, bangi, muar dan sebagainya.
3. Kos untuk memastikan alatan yang digunakan sentiasa di servis dan berkeadaan baik- kerusi rawatan, handpiece yang digunakan semasa proses menampal gigi, mesin cucian gigi semuanya hendaklah diservis dan kadangkala di ganti jika ada bahagian yang rosak. Peralatan-peralatan ini sangatlah mahal harganya.
4. Kemahiran seseorang doktor- Doktor yang banyak pengalaman dan mempunyai banyak kemahiran biasanya meletakkan caj yang agak tinggi, setimpal dengan rawatan yang diberi. Biasanya pesakit akan berpuas hati dengan rawatan yang diberi dan tidak merungut jika mahal.
5. Jenis rawatan- rawatan yang memerlukan kepakaran doktor gigi biasanya di caj lebih berbanding dengan rawatan biasa seperti membuat sarung gigi ( crown), pemakaian braces, membuat rawatan saraf ( RCT ), pencabutan yang memerlukan pembedahan can sebagainya.- jenis rawatan yang memakan masa yang lama seperti pencucian karang gigi yang banyak, RCT, crown, bridge juga agak mahal kerana masa yang digunakan kadangkala mencecah sejam atau lebih dan ini menyebabkan 2 atau tiga pesakit tidak dapat berjumpa doktor gigi.
Kerajaan memang banyak menghulurkan bantuan di klinik-klinik gigi kerajaan kerana caj rawatan terlalu dan teramat murah. Kadangkala saya berasa harganya tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan tetapi bekerja di kerajaan memanglah untuk berbakti kepada masyarakat. Bayangkanlah harga cucian gigi hanyalah RM 2 di klinik kerajaan..tetapi masa yang di ambil untuk mencuci gigi yang banyak karang gigi memakan masa sejam lebih. Kadangkala sebab itulah doktor-doktor di klinik kerajaan menyuruh mereka membuat temujanji atau pergi buat rawatan di klinik swasta kerana masa yang di ambil agak lama dan terlalu ramai pesakit yang menunggu masa utk dirawat.
Di negara-negara lain, kos rawatan pergigian memang lagi mahal sehinggakan ada di antara penduduk negara tersebut yang tidak mampu membuat sebarang rawatan. Tiada bantuan kerajaan yang ada di negara-negara tersebut seperti negara kita. Jadi memanglah penduduk malaysia amat bertuah dibandingkan negara-negara lain.
Sayangilah gigi anda dan jagalah ia dengan baik. Kerana kos untuk merawat lagi mahal dari kos untuk mencegah..:)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment