Wednesday, April 29, 2009

Penjagaan gigi jamin kesihatan mulut

KESIHATAN mulut atau oral mempunyai kaitan yang rapat dengan penyakit seperti diabetes, jantung dan bayi dilahirkan kurang berat badan bagi ibu bapa yang menghidap penyakit gusi kronik. Namun ia sering diabai oleh masyarakat.
Kebanyakannya hanya berjumpa doktor gigi setelah timbul masalah seperti kaviti dan penyakit gusi. Ia sudah terlambat kerana banyak kerosakan yang telah terjadi.
Fakta mengenai kesihatan oral menunjukkan bahawa menggosok gigi sahaja tidak cukup untuk menghilangkan plak di dalam mulut. Ini kerana gigi memenuhi kira-kira 23 peratus ruang mulut manusia.
Bahkan, kajian menunjukkan sembilan daripada 10 rakyat Malaysia mempunyai kaviti gigi.
Dalam konteks ini, tidak cukup dengan menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari, ia akan hanya dapat membersihkan satu perempat bahagian mulut sahaja.
Justeru, pemeriksaan gigi mulai peringkat kanak-kanak lagi perlu untuk memastikan kesihatan mulut termasuk gigi terjaga.
Pengarah Pemasaran Colgate-Palmolive (Pemasaran) Sdn. Bhd., John Hazlin memberitahu, kesihatan oral bermula dengan penjagaan gigi sejak kanak-kanak lagi.
Oleh itu, ibu bapa perlu memberi didikan kepada anak-anak mereka tentang penjagaan gigi peringkat awal dan membawa mereka berjumpa dengan doktor gigi.
"Memang benar, kebanyakan kerosakan gigi disebabkan makanan tetapi persoalan utama ialah bagaimana kita membersihkan gigi selepas makan.
"Penjagaan gigi yang tepat ialah memberus gigi menggunakan ubat gigi yang mengandungi fluorida dan flos gigi," katanya pada majlis pelancaran Bulan Kesihatan Oral di pusat beli-belah Sunway Pyramid, Selangor.
Turut hadir Pengarah Utama Kesihatan Oral, Kementerian kesihatan, Datin Dr. Norain Abu Talib dan Presiden Persatuan Pergigian Malaysia, Dr. S. Sivanesan.
Dalam pada itu, Dr. S. Sivanesan memberitahu, masyarakat perlu mencegah kerosakan gigi menerusi amalan kesihatan oral yang betul dan dilakukan secara rutin.
"Salah satu cara untuk mengelakkan penyakit oral ialah melalui rutin kesihatan oral harian. Selain itu, berjumpa dengan doktor gigi membantu mengelakkan rawatan pergigian untuk jangka masa yang panjang," katanya.
Bulan Kesihatan Oral merupakan bulan untuk memastikan penjagaan sempurna, gigi, gusi dan mulut.
Sejak enam tahun lalu, Colgate dan Persatuan Doktor-Doktor Pergigian Malaysia telah bekerjasama untuk meningkatkan tentang isu kesihatan oral.
Salah satu cara untuk mengekalkan kesihatan mulut ialah melawat pakar penjagaan mulut setiap enam bulan. Justeru itu, Colgate telah menawarkan pemeriksaan gigi percuma di lebih 500 tempat di seluruh negara sempena Bulan Kesihatan Mulut. Untuk maklumat lanjut layari www.oralhealthmonth.com.my

Sunday, April 26, 2009

Mexico dilanda wabak selesema babi

MEXICO CITY 25 April – Seramai 68 orang maut akibat penyakit selesema, dengan 20 daripada kematian itu disahkan berpunca daripada sejenis wabak baru selesema babi, lapor Setiausaha Kesihatan Mexico, Jose Angel Cordova.

Menurut beliau, sekurang-kurangnya 1,004 yang lain pula sakit dipercayai akibat penyakit yang sama.

Sebanyak 13 daripada 20 kematian tersebut berlaku di Mexico City, empat di San Luis Potosi, dua di Baja California berhampiran sempadan Amerika Syarikat (AS) dan satu di selatan Oaxaca.

Penularan wabak baru itu mencetuskan kebimbangan kerajaan Mexico dan pihak berkuasa semalam telah mengarahkan penutupan sekolah, muzium, perpustakaan dan teater, bagi membendung penyebarannya.

Virus baru yang merisaukan itu, yang mengandungi kombinasi virus babi, burung dan manusia yang belum pernah dilihat penyelidik-penyelidik sebelum ini, turut mengakibatkan sekurang-kurangnya lapan orang sakit di Texas dan California, walaupun masih belum ada kematian dilaporkan di Amerika Syarikat (AS).

‘‘Kami sangat sangat bimbang. Kita sedang berdepan dengan satu virus baru dan ia tersebar daripada manusia kepada manusia,’’ kata jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Thomas Abraham.

Penyebaran virus selesema babi itu menimbulkan suasana cemas di Mexico apabila orang ramai mula mengenakan topeng muka dan pihak berkuasa mengarahkan penutupan tempat-tempat tumpuan umum secara meluas.

Orang ramai diminta tidak datang ke hospital melainkan benar-benar memerlukan rawatan kerana premis itu menjadi ‘pusat’ penyebaran wabak. Selain itu, orang rami juga diminta berhenti seketika daripada bersalam tangan atau mencium pipi. Di Lapangan Terbang Antarabangsa Mexico City, setiap penumpang disoal bagi menghalang sesiapa yang mempunyai petanda demam daripada menaiki pesawat.

Presiden Felipe Calderon berkata, kerajaannya hanya mengetahui tentang bahaya virus itu kelmarin, dengan bantuan makmal antarabangsa.

‘‘Kita akan lakukan apa yang perlu, kita juga faham betapa seriusnya perkara ini,’’ katanya selepas mengadakan pertemuan dengan barisan Kabinetnya sebagai respons kepada penyebaran wabak itu.

Dalam pada itu, sekumpulan panel pakar WHO sedang bersidang bagi menimbangkan sama ada untuk mengumumkan amaran berjaga-jaga wabak atau mengeluarkan larangan perjalanan.

‘‘Ia mungkin sudah terlalu lambat untuk mengekang wabak itu daripada merebak,’’ kata seorang pakar, Dr. Michael Osterholm dari University of Minnesota. – AP

Waspada wabak baru!!!

KUALA LUMPUR 25 April – Pengawasan di semua pintu masuk negara akan diperketatkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan sejenis wabak baru dikenali sebagai selesema babi yang telah meragut 68 nyawa di Mexico dan mencetuskan suasana cemas di negara itu.
Pengawasan itu membabitkan pemeriksaan kesihatan terhadap orang ramai antaranya mereka yang menunjukkan tanda-tanda demam panas.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, wabak berkenaan amat berbahaya kerana ia tersebar melalui manusia bukannya haiwan seperti selesema burung atau ‘avian flu’ yang pernah melanda negara ini.
Beliau bagaimanapun meminta rakyat negara ini supaya tidak panik kerana kerajaan sentiasa berwaspada terhadap apa jua wabak yang boleh menyebabkan kematian.
“Selesema babi telah merebak di Mexico dan pengawasan di semua pintu masuk negara ini perlu diperketatkan segera.
“Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan sentiasa memantau penyakit berjangkit, kita sentiasa mendahului situasi,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai wabak selesema babi yang berpunca daripada virus yang tidak pernah dilihat para penyelidik sebelum ini kerana ia mengandungi kombinasi virus babi, burung dan manusia.
Dalam perkembangan berkaitan, Tiong Lai berkata, beliau belum menerima laporan terkini wabak tersebut daripada Bahagian Kawalan Penyakit dan hanya mengetahuinya melalui laporan media pagi ini.
Beliau turut menyatakan komitmen untuk melaporkan perkembangan terkini mengenai wabak berbahaya itu kepada masyarakat.

Petikan dari Akhbar Utusan Malaysia

Tuesday, April 21, 2009

PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN CUTI BERSALIN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM

Kakitangan Awam akan menikmati kemudahan penambahbaikan cuti bersalin yang akan dikuatkuasakan pada 1 Mei 2009.

Kemudahan adalah seperti berikut:

a. Pegawai boleh menggunakan Cuti Bersalin lebih awal dari tarikh bersalin iaitu pada bila-bila
masa dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangka bersalin;

b. Pegawai perlu mengemukakan dokumen sokongan daripada hospital/ klinik Kerajaan atau
swasta yang mengesahkan tarikh dijangka bersalin bagi membolehkan Ketua Jabatan
meluluskan permohonan Cuti Bersalin dengan menggunakan borang seperti di Lampiran
surat pekeliling perkhidmatan ini;

c. Tempoh Cuti Bersalin yang diambil lebih awal dari tarikh dijangka bersalin ini adalah termasuk di dalam jumlah 60 hari Cuti Bersalin yang diperuntukkan kepada pegawai;

d. Kemudahan Cuti Bersalin yang diambil lebih awal ini disediakan sebagai suatu pilihan kepada
pegawai. Pegawai yang tidak berhasrat menggunakan kemudahan Cuti Bersalin lebih awal
boleh menggunakan Cuti Bersalin tertakluk kepada kaedah sedia ada iaitu bermula dari
tarikh pegawai bersalin sepertimana yang dijelaskan di dalam Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 2 Tahun 1998 atau pindaannya dari semasa ke semasa; dan

e. Ketua Jabatan hendaklah memastikan kemudahan Cuti Bersalin yang diambil lebih awal ini
direkod di dalam Buku Perkhidmatan pegawai.

Untuk Keterangan lanjut sila rujuk pekeliling JPA.

Sunday, April 19, 2009

Laa tak jujur jugak‏

Suatu malam, seorang pemuda datang ke sebuah restoran dan membeli beberapa ketul ayam
goreng. Ia membawa ayam gorengnya ke taman, untuk dinikmati bersama kekasihnya di bawah sinar rembulan yang romantis.
Ketika membuka bungkusan ayam goreng itu, pemuda itu terkejut Bukan ayam yang didapatinya, melainkan wang hasil penjualan restoran itu sebanyak RM1000. Pemuda itu kemudian mengembalikan wang itu dan meminta ayam goreng sebagai gantinya. Pemilik restoran, merasa kagum atas kejujuran si pemuda, menanyakan namanya dan mengatakan hendak menelefon wartawan Metro dan TV3 agar membuat cerita tentang si pemuda.
Ia akan menjadi pahlawan, sebuah contoh nilai kejujuran dan moral yang akan menjadi contoh kepada yang lain! Namun pemuda yang sedang lapar itu menolaknya. "Kekasihku sedang menunggu. Aku hanya inginkan ayam gorengku.
" Pemilik restoran menjadi semakin kagum atas sikap si pemuda yang begitu rendah hati. Ia terus memohon agar diizinkan menceritakan kejadian itu kepada wartawan. Pada saat itulah si pemuda jujur menjadi marah dan meminta ayam gorengnya. "Aku tidak mengerti" kata pemilik restoran.
"Anda adalah satu-satunya pemuda jujur di tengah dunia yang tidak jujur!
Ini merupakan suatu kesempatan yang baik untuk mengatakan kepada dunia bahawa masih ada orang-orang jujur yang mau bertindak benar.
Saya mohon, beritahukan nama anda dan juga nama wanita itu. Apakah ia isterimu?"
"Itulah masalahnya," kata si pemuda. "Isteriku ada di rumah dan wanita di dalam kereta itu adalah kekasihku. Sekarang berikan ayamku agar aku dapat pergi dari sini."

(Laaaaa tak jujur jugak rupanya, hampeh)

Saturday, April 18, 2009

Free Dental Check Up @ Giant Kolombong





































































































bersempena dgn kempen kesihatan mulut yg di sambut pada setiap april..COLGATE-PALMOLIVE (M) Sdn Bhd dgn kerjasama pejabat pergigian kawasan kota kinabalu telah mengadakan pemeriksaan gigi percuma pada 4&5 april yg lalu bertempat di pasaraya giant kolombong..sementara pada 11&12 april pula @ giant 1 Borneo..syabas n tahniah kepada semua staff yg terlibat..semoga kempen ini dapat menambahkan lagi kesedaran orang ramai terhadap kesihatan mulut sendiri.. gambar atas tu semuanya masa kitaorang di kolombong..oleh kerana tukang ambil gambar tidak terlibat @1Borneo..maka mintak mahap la ya..secara otomatik jugak lah muka korang tiada dlm catatan ini..kepada semua rakyat malaysia..rajin2 la gosok gigi ok..Renung2kan dan selamat mengosok gigi!!

Kenapa rawatan di klinik gigi swasta mahal?

Tentu anda semua selalu tertanya-tanya kenapa caj rawatan di klinik-klinik gigi swasta terlalu mahal sedangkan di klinik kerajaan begitu murah sekali. Dan juga kenapa klinik-klinik ini mempunyai caj rawatan yang berbeza-beza bergantung kepada di mana klinik tersebut berada. Sebenarnya, caj rawatan yang dikenakan biasanya setimpal dengan rawatan yang diberi.
Kebiasaannya dalam menentukan hal caj rawatan, doktor gigi perlu mengambil kira;

1. Kos utk bahan yang digunakan- kos ini termasuklah pada kos bahan rawatan, kos bahan disposable ( bahan yang diguna sekali sahaja seperti gloves, mask, penyedut air liur, cawan, bib yang diletak di dada pesakit, jarum suntikan dan sebagainya), kos bahan yang digunakan untuk memastikan semua barang bebas dari kuman ( autoclave untuk memasak barang-barang yang digunakan semasa merawat) dan juga cecair membunuh kuman.- kita tidak mahu menggunakan bahan yang sama sepanjang hari. Bayangkanlah jika gloves yang ditangan doktor tu telah diletakkan di dalam mulut orang lain..sudah tentulah kita geli. Barang-barang besi yang digunakan biasanya di masak di dalam autoclave untuk membunuh kuman.

2. Kos sewa klinik- harga sewa klinik memang agak mahal. Sebab itulah harga rawatan di klinik gigi di kampung-kampung agak murah berbanding di bandar. Harga rawatan di Bangsar, Damansara, KL agak mahal berbanding di cheras, kajang, bangi, muar dan sebagainya.

3. Kos untuk memastikan alatan yang digunakan sentiasa di servis dan berkeadaan baik- kerusi rawatan, handpiece yang digunakan semasa proses menampal gigi, mesin cucian gigi semuanya hendaklah diservis dan kadangkala di ganti jika ada bahagian yang rosak. Peralatan-peralatan ini sangatlah mahal harganya.

4. Kemahiran seseorang doktor- Doktor yang banyak pengalaman dan mempunyai banyak kemahiran biasanya meletakkan caj yang agak tinggi, setimpal dengan rawatan yang diberi. Biasanya pesakit akan berpuas hati dengan rawatan yang diberi dan tidak merungut jika mahal.

5. Jenis rawatan- rawatan yang memerlukan kepakaran doktor gigi biasanya di caj lebih berbanding dengan rawatan biasa seperti membuat sarung gigi ( crown), pemakaian braces, membuat rawatan saraf ( RCT ), pencabutan yang memerlukan pembedahan can sebagainya.- jenis rawatan yang memakan masa yang lama seperti pencucian karang gigi yang banyak, RCT, crown, bridge juga agak mahal kerana masa yang digunakan kadangkala mencecah sejam atau lebih dan ini menyebabkan 2 atau tiga pesakit tidak dapat berjumpa doktor gigi.

Kerajaan memang banyak menghulurkan bantuan di klinik-klinik gigi kerajaan kerana caj rawatan terlalu dan teramat murah. Kadangkala saya berasa harganya tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan tetapi bekerja di kerajaan memanglah untuk berbakti kepada masyarakat. Bayangkanlah harga cucian gigi hanyalah RM 2 di klinik kerajaan..tetapi masa yang di ambil untuk mencuci gigi yang banyak karang gigi memakan masa sejam lebih. Kadangkala sebab itulah doktor-doktor di klinik kerajaan menyuruh mereka membuat temujanji atau pergi buat rawatan di klinik swasta kerana masa yang di ambil agak lama dan terlalu ramai pesakit yang menunggu masa utk dirawat.

Di negara-negara lain, kos rawatan pergigian memang lagi mahal sehinggakan ada di antara penduduk negara tersebut yang tidak mampu membuat sebarang rawatan. Tiada bantuan kerajaan yang ada di negara-negara tersebut seperti negara kita. Jadi memanglah penduduk malaysia amat bertuah dibandingkan negara-negara lain.

Sayangilah gigi anda dan jagalah ia dengan baik. Kerana kos untuk merawat lagi mahal dari kos untuk mencegah..:)

"Ibu Fatimah yang hebat"

Di sebuah mahkamah, satu kes sedang di dengar dengan menghadirkan seorang saksi utama seorang ibu tua. Peguamcara mendapat giliran pertama untuk bertanya beberapa soalan kepada saksi.

Peguamcara : Ibu Fatima, Ibu kenal siapa saya?

Ibu Fatima : Ya, saya tahu benar siapa kamu, malah sejak kecil. Kamu suka berbohong dan mengata di bekalang kawan-kawan kamu. Aku juga tahu kamu ada menyimpan perempuan simpanan di luar.. dan aku merasa amat kasihan dengan isterimu. Selain itu kamu suka bercakap besar, yang sama sekali tidak berasas dan benar...

Peguamcara tersebut terpegun.lain yang di tanya ..lain pula jawapan yang diterima..
Untuk mengatasi keterkejutannya, ia bertanya dengan selambanya,..

Peguamcara : Ibu Fatima pasti juga mengenali Tuan Hadi..,si peguambela

Ibu Fatima : Oh ya, tentu saja... Bahkan ibunya dulu sering meninggalkannya bersamaku waktu ia masih kecil. Tak jauh beza dengan kamu, Hadi juga mengecewakan... Ia pemalas, suka menggoda perempuan dan hidupnya seolah-olah tanpa tujuan..

Habis sahaja Ibu Fatima berbicara, hakim memanggil peguamcara dan peguambela untuk menghampirinya..."Jika kamu berdua menanyakan kepadanya.. adakah ia kenal denganku.., kamu berdua akan aku masukkan ke dalam penjara kerana menghina pengadilan..," kata hakim.

Friday, April 3, 2009

Beringgis Beach Resort


Berikut ialah serba sedikit gambaran sekitar resort tempat kami semua berbengkelkursus..kalau mahu lihat dgn lebih dekat lagi..rajin2 la datang ke KK dan ronda2 la ke papar..fikir2 kan lah resort ini sebagai salah satu dari tempat anda sekeluarga bercuti dan bersantai..Renung2 kan dan selamat bercutiiii....





Wednesday, April 1, 2009

Bengkel Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) dan Inovasi

bermula hari ini sehingga 3 april..bertempat di Beringgis Beach Resort,Papar..bahagian kesihatan pergigian..jabatan kesihatan negeri sabah akan memulakan bengkel kmk n inovasi..ini melibatkan 9 PTJ dan seramai 49 org peserta..antara objektif bengkel ini adalah untuk memperkukuhkan serta mempertingkatkan kerjasama antara program kesihatan pergigian sabah dgn program2 lain di JKNS..objektif khusus pula antaranya

1. meningkatkan kerjasama dlm perlaksanaan aktiviti KMK N Inovasi.
2. memperkukuhkan kefahaman penyediaan,penyelesaian dan persembahan projek KMK dan penyediaan kertas kerja projek inovasi
3. mempertingkatkan kemahiran dan kebolehan dlm menyelesaikan
masalah melalui perkongsian pengalaman serta"creativity and innovations"

kepada semua peserta bengkel..selamat berkursus..